Saturday, November 08, 2025

[VIDEO] Bantah Pesta Arak, Jamal Pecahkan Botol Bir Di Hadapan SUK

October 5, 2017
1 min read

Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini
bertindak memecahkan lebih 100 botol 
arak di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam.
Hadir bersama kira-kira 20 orang penyokongnya sambil membawa
beberapa peti minuman keras dan tukul besi pada jam 10.15 pagi, Jamal, berkata,
pihaknya membantah sebarang penganjuran pesta arak di Selangor.
Pemimpin Umno itu turut memberikan amaran kepada pentadbiran
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya tidak mengambil mudah terhadap
penganjuran pesta itu selain melarangnya diadakan di Selangor.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau nak minum, biar Azmin Ali and the gang, exco,
minum dan mabuk dalam pejabat, tapi jangan bagi rakyat Selangor mabuk berpesta
arak, ini yang kami tak nak…
“Apa punya MB, ajak rakyat Selangor mabuk…, bodoh.
“(Harus) batalkan terus, jangan tertangguh-tangguh
lagi,” katanya.
Jamal kemudian menggunakan sebuah tukul besi lalu memecahkan
botol arak yang disusun di hadapan pagar bangun pentadbiran kerajaan negeri
Selangor itu sambil aksinya dirakamkan oleh wartawan dan jurugambar.

Namun, jenama arak yang dibawa oleh Jamal dan penyokongnya
itu ditutup dengan logo.

Festival Better Beer 2017 yang sepatutnya diadakan mulai
esok di Kuala Lumpur tetapi dibatalkan kerana permitnya ditolak oleh Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur.

Susulan itu, terdapat spekulasi bahawa penganjur didakwa
membuat permohonan baru kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata
acara berkenaan tidak pernah dilarang seperti pada tahun-tahun sebelumnya,
kerana tidak ada maklumat yang diterima mengenai rancangan militan untuk
melakukan sabotaj seperti pada tahun ini. 
– Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian