Categories: Berita Lain

Tak Salah Kibar Bendera Umno Di Sekolah – Menteri


PADANG TERAP, 6 Okt — Isu bendera dikibarkan dan lagu Umno
berkumandang di Sekolah Kebangsaan Presint 14, Putrajaya pada Selasa tidak
bersifat politik dan bukan sesuatu yang luar biasa, kata menteri pendidikan
Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata elemen itu adalah antara aktiviti bersempena
sambutan Hari Kebangsaan negara, yang dirancang pihak sekolah untuk menerangkan
tentang perjalanan negara dalam memperoleh kemerdekaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Negara kita merdeka hasil perjuangan Umno dengan dibantu
oleh MCA dan MIC. Ini dapat dilihat apabila Tunku Abdul Rahman yang pada ketika
itu memegang jawatan presiden Umno pergi ke London untuk memperoleh kemerdekaan
negara,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih di sini, hari
ini.
Mahdzir berkata demikian ketika diminta mengulas
pelajar-pelajar sekolah itu yang menyanyikan lagu Umno dan mengibarkan bendera
parti pada majlis anjuran sekolah berkenaan.
Menurutnya parti pembangkang yang menjadikan perkara itu sebagai
isu politik boleh berkata apa sahaja kerana pada dasarnya mereka sendiri sedar
bahawa Umno, MCA dan MIC merupakan penyumbang kepada kemerdekaan negara.
Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata cadangan untuk
membuka sekolah atau kelas khas peralihan kepada pelajar-pelajar bermasalah
tidak perlu dilakukan kerana tindakan dibuang dari sekolah seperti yang yang
dipraktikan masih relevan.
“Kita tidak perlu buka sekolah untuk kumpulkan
pelajar-pelajar bermasalah. Tindakan buang sekolah ini juga masih relevan untuk
diguna pakai terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin tetapi bukanlah
boleh main buang sekolah begitu sahaja,” katanya.
Mahdzir menjelaskan amaran akan diberikan terlebih dahulu
kepada pelajar berkenaan dan sekiranya dia masih melakukan kesalahan, pihak
sekolah akan memanggil ibu bapa pelajar itu untuk berbincang bagi mencari
penyelesaian terbaik.
“Jika perlu, tindakan buang sekolah itu akan diambil sebagai
langkah terakhir,” katanya. — Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

12 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

13 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago