Categories: Berita Lain

PM: Johor Kuasa Ekonomi Baharu Untuk Negara


ISKANDAR PUTERI – Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak mengulangi pengiktirafan ke atas Johor
sebagai kuasa ekonomi baharu untuk negara.
Menurutnya, ia satu
pengiktirafan yang amat jelas bahawa kadar dan nadi pertumbuhan negara akan
berpusat di negeri ini.
“Datuk Khaled sebut tadi
bahawa ekspo ini diadakan untuk mempamerkan dan untuk memaklumkan kepada saya
dan rakyat negeri Johor berkenaan dengan kemajuan yang telah dicapai oleh
negeri Johor dan juga hala tuju dan penekanan yang akan diberikan selanjutnya.
“Sebenarnya ekspo ini tak perlu
memberi pengetahuan kepada saya, kerana saya sudah pun tahu berkenaan kemajuan
yang begitu memberangsangkan dicapai negeri Johor,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian ketika
berucap merasmikan Ekspo Johor Berkemajuan 2017 di Kota Iskandar di sini,hari
ini.
Najib berkata, ekspo itu
memberi maklumat lebih jelas dan terperinci kerana ada pihak tertentu yang cuba
mengelirukan rakyat.
“Seperti mana Datuk Khaled
sebut (dalam ucapan), menjual kebatilan, menjual harapan dan janji. Sebenarnya
kerajaan pimpinan kita hari ini tak perlu jual harapan dan tak perlu jual
janji.
“Kita sebenarnya sudah pun
melaksanakannya. ‘We are not promising, we are actually deliver’. Dan kita akan
‘deliver’ lebih banyak lagi,” katanya.
Beliau turut menyatakan
komitmen bahawa Johor akan melalui fasa pembangunan yang begitu menakjubkan
atas beberapa faktor.
“Antaranya kerana hubungan yang
sungguh erat antara kerajaan negeri Johor dan kerajaan pusat.
“Khususnya peranan
dimainkan oleh Menteri Besar Johor sendiri untuk menjamin bahawa hubungan ini
sentiasa kukuh, sentiasa akrab dan juga sumbangan oleh menteri-menteri dari
negeri Johor serta ahli-ahli politik dan lain yang turut bersama-sama dan sudah
tentu di bawah naungan DYMM Sultan Johor sendiri yang banyak membantu mendorong
pembangunan di negeri Johor ini.
“Selain faktor itu, saya
melihat ada juga kelainan dan keunikan diperlihatkan oleh kerajaan negeri Johor
antaranya perancangan yang diberi kuasa ‘empowerment’ kepada pegawai daerah,
kepada Majlis Tindakan Daerah untuk membuat perancangan berdasarkan bukanlah
perancangan yang dibuat kementerian yang berpusat di Putrajaya, tetapi
perancangan, tema, keutamaan dan penegasan adalah berpunca daripada perancangan
dibuat di peringkat daerah sendiri.
“Sebab itulah tiap-tiap daerah
di negeri Johor ini ada tema masing-masing, ada hala tuju masing-masing, apa
dia yang nak jadikan keutamaan. Jadi tahniah saya ucapkan kepada kerajaan
negeri yang telah memberikan ’empowerment’ kepada daerah untuk membuat
perancangan,” katanya.
Najib berkata, beliau yakin dan
percaya perubahan di Johor meletakkan negeri ini diambang pembangunan dan
perubahan transformasi.
“Kini juga dapat kita lihat
dengan pelaksanaan yang dilakukan projek-projek pembangunan dan pelaburan
tambahan yang sedang dan akan terus dilaksanakan melalui kepimpinan Irda di
kawasan wilayah Iskandar yang mana perkara ini sudah banyak diperkatakan.
“Hari ini saya nak sebut bahawa
di antara projek induk, projek besar yang akan menjadi kenyataan adalah projek
pembangunan kompleks bersepadu petroleum Pengerang (PIPC) yang mana ini akan
mentransformasikan Johor selatan sebagai hab industri hiliran minyak dan gas
yang lestari dan bertaraf antarabangsa,” katanya.
Mengulas lanjut katanya, PIPC
akan menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan
tinggi.
“Saya mengucapkan terima kasih
kepada kerajan negeri Johor kerana sangat komited untuk memastikan matlamat
PIPC sebagai projek nasional berkepentingan strategik ini dapat kita jayakan
sepenuhnya.
“Saya difahamkan menjelang
2020, fasa pertama PIPC akan siap sepenuhnya, yang didahului sektor berat
minyak dan gas. Ini melibatkan pelaburan bernilai RM124 bilion dan mampu
menyediakan hampir 4,600 peluang pekerjaan,” katanya.
Menurutnya, dengan terlaksana
projek itu dan ditambah dengan suntikan pihak Aramco yang bernilai RM31 bilion,
merupakan satu testimoni kepada keyakinan mereka terhadap Malaysia.
“Manakala jajaran infrastruktur
baru Pengerang, kita tak boleh lihat semata-mata pada projek Pengerang tetapi
bila ada projek begitu besar seperti Pengerang, sudah tentu sistem jalan raya,
jaringan komunikasi, pembekalan elektrik dan sebagainya untuk menampung projek
ini, limpahannya, tempiasnya akan dirasai oleh rakyat setempat.
“Inilah sebab nya mengapa kita
mengadakan Ekspo Johor Berkemajuan, tidak kurang juga bahawa komitmen kerajaan
untuk melaksanakan projek High Speed Rail dari Kuala Lumpur ke Singapura yang
merentasi Johor dan projek RTS-nya (Rapid Transit System)”Sudah tentu bila
dua projek ini siap nanti ia akan membawa negeri Johor kepada peringkat
pembangunan lebih tinggi lagi. The next level of Johor akan menjadi kenyataan
bila High Speed Rail ini siap Insya-ALLAH,” katanya.
– Sinar Harian

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago