Connect with us

Berita Lain

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke Majlis Santapan Diraja Di Brunei

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V diiringi Putera
Mahkota Brunei Pengiran Muda Al- Muhtadee Billah (kiri) dan Sultan Perak Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah ketika berangkat tiba pada majlis santapan diraja
sempena sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan dan Yang Dipertuan Brunei
Darussalam. Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman malam tadi. – Foto: BERNAMA



BANDAR SERI BEGAWAN: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
serta beberapa Raja-Raja Melayu malam tadi, berangkat ke Majlis Santapan Diraja
di Istana Nurul Iman di sini, sempena sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan
Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Baginda tiba di pekarangan Istana Nurul Iman pada kira-kira
8 malam.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sambutan Jubli Emas di Brunei Darussalam yang bermula dengan
rasmi sejak Selasa lalu, adalah simbolik bagi meraikan ulang tahun ke-50 Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menaiki takhta.
Sultan Hassanal Bolkiah menaiki takhta pada 5 Oktober 1967.
Semalam, seluruh Bandar Seri Begawan dimeriahkan dengan
perarakan membawa Sultan Hassanal Bolkiah bersama Permaisuri Raja Isteri
Pengiran Anak Saleha di atas usungan diraja di sekeliling pusat bandar sebagai
salah satu acara sambutan.
Antara Raja-Raja Melayu yang turut berangkat pada sambutan
malam tadi ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Perak,
Sultan Nazrin Shah; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar; Sultan
Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah
Sultan Ahmad Shah dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed
Sirajuddin.
Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul
Rahman Abas; Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua
Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.
Sementara itu, beberapa ketua negara dan kerajaan asing
termasuk pemimpin dari Asia Tenggara dan keluarga diraja Asia Barat, turut
menjadi undangan Sultan Hassanal Bolkiah pada majlis santapan diraja di Istana
Nurul Iman itu.
Antaranya Presiden Indonesia, Joko Widodo; pemimpin Myanmar,
Aung San Suu Kyi; Presiden Filipina, Rodrigo Duterte; Perdana Menteri
Singapura, Lee Hsien Loong; dan Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut
Cha-O-Cha.
Majlis berakhir sekitar jam 10.30 malam. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel