Connect with us

Hiburan

Gambar Zulin Aziz pula disebar individu tak bertanggungjawab

 Penyampai radio Suria FM Zulin Aziz menjadi mangsa individu tidak bertanggung jawab apabila beberapa keping gambar miliknya disunting menjadi foto tidak senonoh.
Zulin atau Farah Azleenda Abd Aziz 28, berkata, dia terkejut
dengan perkara berkenaan dan tidak tahu tujuan sebenar individu yang disifatkan tidak waras itu.
“Saya terkejut apabila ada akaun menghantar gambar-gambar dengan menampal muka saya dalam foto itu.
“Saya tidak tahu siapa punya kerja kerana saya rasa tidak
pernah kacau hidup orang pun. Tidak tahu pula ada yang dengki dengan saya,”
ujarnya.
Zulin berkata, individu itu menggunakan laman sosial Twitter
palsu itu memuat naik beberapa keping gambar miliknya di laman sosial berkenaan dengan kapsyen tidak senonoh yang mengaibkan dirinya.
 
Dalam pada itu, Zulin berkata, ia merupakan kali pertama dia
menerima gangguan seperti itu sejak bergelar artis.
  
“Ini kali pertama saya kena gangguan sperti ini. Pada awalnya
saya tidak perasan, namun bila beberapa keping dihantar, saya sedar ia adalah gambar yang memalukan.
“Dia juga turut menghantar video tersebut di laman sosial yang
sama,” ujarnya seperti dilapor mStar Online.
Sementara itu, Zulin berkata, dia meminta peminat-peminat
agar membuat laporan kepada pihak Twitter agar akaun palsu tersebut dipadamkan.

Terdahulu, selain Zulin, beberapa artis lain kebelakangani ni turut menjadi mangsa berkaitan imej tidak senonoh seperti Anding, Eyka Farhana dan Feeya Iskandar.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel