Saturday, November 08, 2025

Ku Nan Yakin Pengundi Tetap Pilih BN Walaupun Dr M Bertanding Di Putrajaya

October 8, 2017
1 min read

KUALA LUMPUR: Susulan kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad
untuk bersaing di Putrajaya, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor berkata, beliau bersedia untuk menghadapi cabaran bekas perdana
menteri itu dan yakin pengundi akan terus memilih Barisan Nasional (BN).

Tengku Adnan yang juga ahli Parlimen Putrajaya berkata
cabaran bukan perkara baharu kerana beliau sentiasa mendapat tentangan sejak
pertama kali bertanding 2004.

Pada PRU 2004 dan 2008, beliau ditentang oleh bekas timbalan
presiden PKR Abdul Rahman Othman manakala bekas naib presiden PAS Datuk Husam
Musa pula pada tahun 2013.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Saya tak tahu nak cakap, saya tak tahu,” kata beliau kepada
pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan myPPP Wilayah Persekutuan
di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mahathir
baru-baru ini yang menyatakan tidak menolak kemungkinan bertanding di Putrajaya
pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mengulas lanjut, Tengku Adnan yang juga menteri wilayah
persekutuan berkata, beliau percaya pengundi-pengundi Putrajaya mengetahui
prestasinya sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

“Sebagai wakil rakyat, saya dengan pengundi-pengundi
Putrajaya ini seperti keluarga.

“Sekarang walaupun kita ada dekat 25,000 pengundi…saya tiap
kali akan mendekati mereka dan menanyakan masalah mereka seperti apa yang saya
berucap tadi dengan kawan-kawan myPPP di sini,” katanya.

Kata beliau, perkara utama pihaknya adalah mahu
menyelesaikan masalah rakyat.

“Dekati hati-hati mereka dan saya percaya dengan cara begini
rakyat akan bersama dengan BN dan BN merupakan parti yang selalu janji
ditepati.

“Kita juga akan melaksanakan program-program untuk rakyat.
Kita ini dari rakyat untuk rakyat kerana rakyat,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai adakah bekas pemimpin parti
Umno seperti Datuk Hamidah Othman yang mahu menyertai kembali parti itu, Tengku
Adnan berkata ia bergantung pada mereka.

“Mereka tidak ada lagi memohon. Kita akan lihat,” katanya. – Free Malaysia Today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian