Saturday, November 15, 2025

[VIDEO] Kementerian Kesihatan Nafi Sokong Peniaga Pendakap Gigi Palsu

October 8, 2017
1 min read

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan
sokongan terhadap individu yang menjalankan perkhidmatan perniagaan pendakap
gigi palsu.
Dalam satu kenyataan media oleh Setiausaha Sulit Kanan
Aziaan Ariffin berkata pihaknya termasuk Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri
Dr. Hilmi Yahaya dan mana-mana anggota pentadbiran tidak pernah menyokong dan
tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar peraturan negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang individu
yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah atas kesalahan menjalankan
perkhidmatan pergigian tanpa tauliah memuat naik status di Instagram bahawa
perniagaannya mendapat sokongan pihak kementerian.


Netizen turut mengecam tindakan kumpulan yang dikenali
sebagai ‘Dragon 76’ yang membela peniaga pendakap gigi palsu berkenaan dan
mendakwa dia dianiaya oleh golongan doktor.


Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada 29 September lalu
menjatuhkan hukuman denda RM70,000 terhadap Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, dari
Alor Setar, Kedah atas tuduhan menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen di
Bukit Katil, Januari lalu.
Mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh dengan
mengambil kira keselamatan dan kesihatan pesakit kerana proses menjalankan
pendakap gigi hanya boleh dilakukan doktor bertauliah.
Walau bagaimanapun, Nur Farhanis telah dibebaskan dengan
bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatu Penggiat Ekonomi
Malaysia (PPEM) yang membaca kes di media dan memutuskan untuk mengutip derma
bagi membayar denda tersebut. – Astro Awani


Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Inspektor Sheila Kembali Cetus Kontroversi, Kali Ini Didakwa Timbulkan Kekecohan Di Gerai Makan

KUALA LUMPUR – Nama Inspektor Sheila sekali lagi menjadi bualan hangat di

Tular: Budaya ‘Ulat Parking’ di Bukit Bintang Semakin Menjadi, Netizen Seru Jangan Layankan Lagi!

KUALA LUMPUR – Isu ulat parkir di sekitar kawasan Bukit Bintang kembali