Categories: Berita Lain

Hasrat Budak Lelaki Dirantai Pada Tong Gas Untuk Bertemu Bapa Kandung Tercapai


KUANTAN – Hasrat budak lelaki berusia 10 tahun, yang
dirantai pada sebuah tong gas baru-baru ini, untuk bertemu bapa kandungnya
tercapai hari ini.
Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan
Multimedia Negeri PahangDatuk Shahaniza Shamsuddin berkata lelaki berusia 36
tahun itu, yang menetap di Melaka, tiba di sini lewat petang tadi untuk bertemu
dengan anaknya.
Sebagai menghormati hak peribadi kedua beranak itu, beliau
berkata perjumpaan mereka diadakan secara tertutup.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bapa kandung kanak-kanak itu kemudian menyatakan
kesediaannya menjaga anaknya selepas ini. Mangsa juga menangis kerana ingin
mengikut ayahnya pulang ke Melaka.
“Namun, saya menjelaskan bahawa perkara itu akan
ditentukan oleh mahkamah selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selesai
membuat laporan,” katanya di sini, hari ini.
Shahaniza memberitahu budak lelaki itu akan diletakkan di
bawah jagaan JKM sehingga isu itu selesai.
Semasa melawat budak lelaki itu di Hospital Tengku Ampuan
Afzan (HTAA) di sini, semalam, Shahaniza berkata dia memaklumkan hasratnya
untuk bertemu bapa kandungnya yang bekerja sebagai pencuci kereta di Pantai
Klebang, Melaka selepas lama tidak berjumpa.
Mangsa, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik,
ditemui dalam keadaan lehernya diikat pada tong gas menggunakan rantai dan
kunci mangga selepas polis memecah masuk sebuah rumah di Indera Mahkota 1 di
sini pada Jumaat.
Mangsa dikatakan diperlakukan begitu oleh bapa tirinya yang
merupakan seorang anggota tentera, kerana pulang lewat.
Bapa tirinya yang berusia 32 tahun dan ibunya yang berusia
37 tahun kini ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen
31(1)(a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 iaitu mendera, mengabai dan menganiaya
kanak-kanak.
Jika sabit kesalahan, seksyen itu memperuntuk hukuman
penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
– Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

9 hours ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

3 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

4 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

5 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

5 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

5 days ago