Saturday, November 08, 2025

Makan Aiskrim Untuk Hentikan Pesta Arak

October 10, 2017
1 min read
Datuk Seri Jamal Md Yunos akan anjur kempen pesta makan
aiskrim sebagai bantahan terhadap penganjuran pesta arak. – Foto: Malay Mail
Online

AMPANG – Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal
Md Yunos akan menganjurkan kempen pesta makan aiskrim ‘Dapat Aiskrim Percuma’
sebagai simbolik bantahan terhadap penganjuran sebarang pesta arak di negeri
ini.
Jamal berkata, program itu akan bermula di hadapan sebuah
pusat membeli belah di sini, esok.
“Saya akan membawa 10 perisa aiskrim, kalau makan 10
aiskrim ni pun tidak akan memabukkan,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata, pihanknya akan menganjurkan ‘roadshow’ pesta
itu di negeri ini.
“Kita akan menghentikan pesta ini jika kerajaan negeri
menghentikan pesta arak,” katanya dalam sidang media petang tadi.
Jamal Md Yunos dan tujuh rakannya yang direman sejak Jumaat
lalu dibebaskan pada Sabtu, susulan tindakan memecahkan botol arak di depan
Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, pada Khamis lalu.
Jamal sekali lagi mendesak kerajaan negeri dan Menteri Besar
Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghentikan perkara yang tidak bermoral
itu.
“Saya percaya dan yakin masyarakat bukan Islam juga
tidak bersetuju pesta ini dilakukan secara terbuka.
“Jangan anjurkan pesta itu, kita khuatir segelintir
individu yang hadir pada pesta itu akan makan pil,” katanya.
Mohamed Azmin yang dilapor berkata penganjuran pesta makanan
dan minuman Jerman termasuk arak yang dijadual berlangsung di sebuah pasar raya
di Klang minggu depan boleh dibenarkan sekiranya menepati syarat dan peraturan
yang ditetapkan oleh polis serta Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
berkata pihaknya kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan penganjuran
pesta itu ekoran wujud ancaman militan berkaitan acara berkenaan dan
menasihatkan MPK untuk tidak membenarkan penganjuran acara tersebut.

Dalam perkembangan sama,Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad
Yasid Bidin pula mengakui pihaknya menangguhkan kelulusan permit sementara
penganjuran pesta itu berikutan kegagalan penganjur mematuhi syarat-syarat yang
ditetapkan antaranya kebenaran daripada pihak polis. – Sinar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti