Sunday, November 16, 2025

Tumpu Usaha Terhadap Salah Guna Dadah Yang Melibatkan Melayu – Dr M

October 10, 2017
2 mins read

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan
pihak yang membantah penganjuran pesta arak Jerman “Oktoberfest” bahawa negara
itu juga membantu kira-kira sejuta pelarian Islam dari seluruh dunia.

“Jerman menerima satu juta pelarian Islam dari Syria. Apakah
balasan pelarian ini kepada orang Jerman sebagai tuan rumah ialah dengan
melarang mereka dari minum beer dalam Oktober Fest mereka,” tulis bekas perdana
menteri itu di blognya.

Sebaliknya, beliau berkata umat Islam negara ini perlu lebih
menumpukan usaha terhadap penyalahgunaan dadah yang majoritinya melibatkan
beliau Melayu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Orang Melayu berkata jaga tepi kain sendiri. Tentukan kita
jangan minum beer dan kita tak makan dadah. Itu lebih baik dari pecah botol
beer,” katanya, sambil berkata beliau tidak kisah kritikan terhadapnya kerana
tidak membantah penganjuran Oktoberfest.

Penganjur Oktoberfest yang melibatkan penjualan arak
menghadapi kesukaran mendapat permit pihak berkuasa baru-baru ini, selepas
bantahan beberapa kumpulan termasuk PAS yang mahu ia diharamkan atas alasan
sensitiviti umat Islam. Ia disusuli dengan arahan polis membatalkan pesta itu
atas sebab ancaman militan.

Dr Mahathir berkata bukan menjadi masalah umat Islam
sekiranya orang bukan Islam meminum arak selagi ia tidak memudaratkan
keselamatan awam.

“Bagi saya kalau orang bukan Islam yang tidak haramkan minum
alkohol atau beer hendak minum beer sampai pengsan, itu masalah mereka. Yang
penting mereka jangan timbul masalah kepada orang lain, atau memandu kereta di
waktu mabuk,” tulisnya.

Menurutnya, masalah dadah di kalangan anak muda Islam ada
kaitan dengan tragedi kebakaran di sebuah pusat tahfiz bulan lalu yang meragut
23 nyawa termasuk 21 pelajar.

“Ternampak seolah-olah orang Islam menerima pembunuhan murid
ini sebagai perkara biasa. Ya. Memang ada mereka yang berpendapat ini semua
takdir. Oleh itu terima sahajalah,” kata beliau.

“Kenapa tidak didengar anak Cina dan India terlibat dengan
dadah. Apakah ini juga takdir?”

Polis sebelum ini dilaporkan berkata 6 daripada 7 remaja
yang didakwa memulakan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di
Keramat, Kuala Lumpur disahkan positif ganja.

Dr Mahathir berkata sebahagian daripada masalah dadah di
kalangan anak muda Islam adalah kerana cara pembelajaran yang hanya menitik
beratkan soal ibadah lebih daripada budi pekerti.
“Tetapi di sekolah, selain dari mengajar ibadat tertentu
untuk pahala tidak ada tekanan yang cukup terhadap pengajaran budi pekerti
Islam; terhadap dosa pahala, baik buruk, amalan hidup dalam Islam. Dengan itu
anak mudah terjebak dengan yang tidak baik, termasuk penggunaan dadah,” kata
pengerusi PPBM itu.

— Free Malaysia Today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Positif COVID-19: Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Terkini, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah disahkan positif

Kesihatan Tun Mahathir tunjuk peningkatan, berselera makan

Keadaan kesihatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilapor telah menunjukkan