Categories: Berita Lain

SPRM Akan Keluar Ranking Kementerian Dari Segi Rasuah


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
akan mengeluarkan ranking kementerian berdasarkan isu rasuah dan salah guna
kuasa, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad.
Beliau berkata ranking tersebut yang telah siap dan mendapat
pengesahan daripada pakar-pakar terlibat, akan diumumkan kepada orang ramai
pada November atau Disember ini.
“Ini dibuat supaya setiap kementerian ada ruang untuk
berusaha membaiki kedudukan masing-masing apabila mereka melihat kedudukan
mereka dalam ranking itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ranking itu nanti ada senarai 10 kementerian teratas
yang bermasalah dan lima teratas bagi kategori yang paling bersih,”
katanya pada sidang media selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kementerian
Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC), di sini hari ni.


Katanya ranking itu akan dikeluarkan setiap tahun dan akan
diperluas merangkumi semua jabatan dan agensi kerajaan di negara ini.
Dzulkifli bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya
pemberita mengenai kementerian paling bermasalah, dan berkata hanya akan
memaklumkan perkara itu pada majlis pengumuman rasmi ranking tersebut.
Menurutnya ranking seumpama itu bukanlah perkara baharu
kerana ia telah diamalkan di luar negara antaranya di Korea Selatan.
Mengenai IBR, katanya setakat ini sebanyak 620 kementerian,
agensi dan jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, badan bukan kerajaan,
yayasan dan institut pendidikan tinggi telah melaksanakan ikrar itu.
“Ini menunjukkan komitmen yang tinggi daripada pelbagai
pihak untuk memastikan organisasi mereka bersih daripada rasuah dan salah guna
kuasa,” katanya.
Mengulas IBR oleh MPIC, Dzulkifli berkata setakat ini SPRM
tidak menerima banyak aduan mengenai kementerian itu dan termasuk antara
kementerian yang tidak berisiko tinggi dari segi isu-isu rasuah dan salah guna
kuasa.
Dalam pada itu, Menteri berkenaan Datuk Seri Mah Siew Keong
berkata pelbagai peruntukan yang diamanahkan kepada kementeriannya seperti
Bantuan Musim Tengkujuh berjumlah RM261 juta dan RM130 juta bagi skim tanam
semula getah perlu diuruskan dengan penuh amanah agar tidak disalah guna untuk
kepentingan peribadi.
Justeru, katanya IBR kementerian itu adalah satu manifestasi
seluruh warganya serta agensi-agensi dan majlis-majlis di bawahnya dalam
menolak amalan rasuah.
“Kerajaan akan terus komited, sekiranya terdapat
mana-mana individu atau kumpulan dalam MPIC, agensi atau majlis yang tidak
berintegriti dan tidak bebas rasuah, tindakan tegas akan diambil terhadap
mereka,” katanya.
Menurut Mah tindakan sewajarnya perlu diambil mengikut
proses undang-undang bagi membendung persepsi negatif dalam kalangan rakyat
terhadap kementeriannya dan kerajaan.
— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

4 hours ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

1 day ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

3 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

5 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

6 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago