Saturday, November 08, 2025

Bangladesh Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Khaleda Zia

October 12, 2017
1 min read

DHAKA: Dua mahkamah Bangladesh hari ini mengeluarkan waran
tangkap terhadap pemimpin pembangkang dan bekas Perdana Menteri, Khaleda Zia,
tindakan yang didakwa partinya bermotifkan politik menjelang pilihan raya yang
dijangka tahun depan.
Langkah itu dilakukan selepas kerajaan pimpinan Perdana
Menteri Sheikh Hasina melancarkan gerakan terhadap pembangkang, menahan
pemimpin dan penyokong Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) pimpinan Khaleda, lapor 
BH Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Salah satu waran berkaitan kegagalan Khaleda memberi reaksi
kepada saman mahkamah dalam satu kes fitnah, kata Ketua Pendakwa Raya Dhaka,
Abdullah Abu.
Waran kedua dikeluarkan mahkamah antirasuah khas selepas
Khaleda gagal menghadiri sesi pendengaran dalam kes berkaitan dakwaan menggelapkan
dana untuk anak yatim, kata Abdullah.
Awal minggu ini, satu lagi mahkamah mengarahkan penangkapan
Khaleda atas dakwaan menghasut pengeboman bas pada 2015.
Ini bukan kali pertama mahkamah mengeluarkan arahan
menangkap Khaleda, yang kini melawat London, tetapi polis tidak bertindak atas
waran sebelum ini.
Penganalisis sains politik, Ataur Rahman, berkata beliau
percaya kali ini ia berbeza.
“Ada beberapa alasan. Satunya adalah untuk menjejaskan
parti itu kerana ia cuba meningkatkan bantahan dan membina momentum untuk
pilihan raya akan datang.
“Keduanya, bagi menafikan kepemimpinan (Khaleda) Zia
dan ketiga, kerajaan menghantar mesej ia mengawal keadaan,” katanya.
Bangladesh dijangka mengadakan pilihan raya umum tahun
depan, yang pertama sejak 2014 yang dipulaukan BNP berhubung kebimbangan ia
dicemari penipuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Belum Kering Luka Gaza, Tular Pula Penderitaan Umat Islam di Sudan

SUDAN – Belum pun reda air mata kita mengenang nasib saudara di

Dicerai Dua Hari Sebelum Suami Dilantik PPPK, Rezeki Imelda Safitri Mencurah Tanpa Diduga

ACEH – Rezeki, jodoh dan takdir semuanya urusan Allah. Siapa sangka, ujian