Saturday, November 08, 2025

Boy Iman Direman Lagi Buat Kali Keenam

October 13, 2017
1 min read

MAHKAMAH Majistret Kangar, hari ini, membenarkan Pengarah
Urusan DBI Properties, Datuk Nuruliman A Rahman atau Boy Iman direman dua hari
bagi membantu siasatan membabitkan penipuan jualan rumah bernilai RM6.8 juta.
Perintah tahanan reman terhadap pelakon berusia 37 tahun itu
dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah
mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bermula hari ini sehingga esok selepas
dipohon pihak polis, lapor My Metro.
Ia bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen
420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut direman tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global
Resources termasuk seorang wanita yang berusia antara 30 hingga 45 tahun
mengikut seksyen yang sama.
Terdahulu semua suspek tiba di pekarangan Mahkamah Kangar
pada pada 9.47 pagi dengan berpakaian lokap.
Boy Iman diwakili peguam Rosman Azwan Osman manakala tiga
lagi suspek diwakili Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.
Ini kali keenam mereka direman selepas di Ampang, Shah Alam,
Selangor, Muar, Johor, Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah.
Siasatan dijalankan polis susulan penipuan jualan rumah yang
didakwa dilakukan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources
yang turut membabitkan mangsa di Negeri Sembilan, Johor, Kedah dan Selangor.
Boy Iman ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang pada 2
Oktober lalu kerana disyaki terbabit dalam penipuan jualan rumah yang
membabitkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.8 juta.

Sehingga kini 210 laporan berhubung penipuan skim perumahan
DBI Properties diterima polis daripada mangsa di seluruh negara dan difahamkan
enam daripadanya di Perlis.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Namewee Direman Enam Hari Bantu Siasatan Kematian Pempengaruh Taiwan, Iris Hsieh

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali

Ibu Zayn Rayyan Didapati Bersalah Abaikan Anak, Hukuman Ditangguhkan Untuk Rayuan

KUALA LUMPUR – Ibu kepada kanak-kanak Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, hari