Categories: Berita Lain

Penulis Blog ‘Sang Kelembai’ Didakwa Hantar Komunikasi Jelik

Penulis blog ‘Sang Kelembai’ Datuk Abd Zarin Mohd Yasin – Foto: New Straits Times

KLANG – Penulis blog ‘Sang Kelembai’ dihadapkan ke Mahkamah
Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membuat dan memulakan penghantaran
komunikasi yang jelik sifatnya menggunakan aplikasi Facebook, Oktober tahun
lepas.
Datuk Abd Zarin Mohd Yasin, 65, selaku Orang Kena Saman
(OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan
terhadapnya di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.
Beliau didakwa secara sedar melakukan kesalahan itu dengan
niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang telah dibaca di pautan
https://www.facebook.com/zahrinmohdyasin/posts/10207687390002554, kira-kira 9
malam pada 8 Oktober lepas, di Taman Sri Putra, Sungai Buloh.
Abd Zarin yang juga Ketua UMNO Cawangan Sri Labuan, Bandar
Tun Razak, didakwa melakukan kesalahan itu menggunakan perkhidmatan aplikasi
Facebook akaun profil “Zaharin Mohd Yasin” kira-kira 8.49 malam pada 8 Oktober
tahun lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jika sabit kesalahan, beliau yang didakwa mengikut Seksyen
233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dihukum mengikut Seksyen
233 (3) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau
penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM), Mohd Sophian Zakaria mencadangkan supaya Abd Zarin dibebaskan
dengan jaminan RM5,000.
Peguam Muhammad Fitri Abdullah Wahid yang mewakili Abd Zarin
bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan anak
guamnya yang mempunyai empat orang anak tidak bekerja dan hanya mendapat
komisen daripada penulisan blog.
Hakim Tasnim kemudian membenarkan Abd Zarin dibebaskan
dengan jaminan RM4,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 16 November depan
untuk pengurusan kes.
Beliau turut memerintahkan pasport antarabangsa Abd Zarin
yang turut diwakili peguam Adnan Seman, diserahkan kepada mahkamah sehingga
kesnya selesai.
Abd Zarin membayar wang jaminan.

— Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

2 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

3 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

4 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

4 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

5 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

5 days ago