Saturday, November 08, 2025

Inspektor Bukit Aman Ditahan Kes Pecah Masuk Rumah Jiran

October 14, 2017
1 min read

KAJANG, 14 Okt ― Seorang pegawai kanan polis berpangkat inspektor ditahan ketika memecah masuk rumah jirannya untuk mencuri.
Suspek, 31, difahamkan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Amam, lapor Kosmo!.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tangkapan suspek bersenjata pisau bersama barangan curi dalam sebuah beg dibuat selepas bergelut dengan anggota polis yang menyiasat aduan orang awam pada jam 5 petang.
Ketua polis daerah Kajang berkata suspek ditahan ketika sedang menuruni tangga tingkat atas rumah milik perunding kewangan yang keluar bekerja.
ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata aduan diterima seorang jiran yang nampak kelibat individu mengumpil pintu sebuah rumah di Jalan Avenue, Bandar Baru Bangi di sini.
“Mangsa turut mengecam barang-barang yang dirampas adalah miliknya,” kata beliau.
Suspek direman empat hari untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk rumah dan mencuri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Lucah Ketika Live

KUALA LUMPUR – Seorang model warga Rusia, Alice Kasimova, tampil membuat laporan

Namewee Disiasat Kes Bunuh Pempengaruh Taiwan Ditemui Mati di Hotel Jalan Conlay

KUALA LUMPUR – Polis kini mengklasifikasikan semula kematian seorang pempengaruh wanita warga