Categories: Berita Lain

Polis Sedang Siasat Video Pegawai Kanan SPRM


SEPANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan sedang dijalankan pihaknya berhubung video yang tular didakwa membabitkan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada hubungan sulit dengan isteri orang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sedang mengenal pasti individu yang terbabit dalam penyebaran video berkenaan, lapor Sinar Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Kalau perlu buat tangkapan, kita akan buat. Namun, setakat ini masih tiada sebarang tangkapan lagi.

“Bukan mudah kita hendak mengesan individu terbabit dan kita sedang berusaha ke arah perkara itu,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA yang baharu, di sini, hari ini.

Turut hadir di majljs itu adalah Pengarah Jabatan Pengurusan, Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab, pengarah jabatan PDRM dan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

Mengulas lanjut, beliau mengesahkan ada laporan polis dibuat berhubung perkara itu dan pihaknya telah pun mengambil tindakan perundangan.

Namun, Mohamad Fuzi mengesahkan masih tiada laporan polis dibuat dibuat oleh pihak SPRM.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan, ada individu membuat laporan polis selepas menonton satu klip video di YouTube membabitkan pegawai kanan SPRM dan wanita terbabit.

Pengadu mendakwa hubungan sulit itu menyebabkan rumah tangga wanita yang mempunyai dua anak itu musnah dan bercerai dengan suaminya pada 28 September lalu.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago