Saturday, November 08, 2025

Misteri Rangka Ditemui Sambil Duduk Atas Sofa

October 19, 2017
1 min read

KISAH kematian tragis seorang wanita, Joyce Vincent pada
2003 sehingga kini masih menjadi perbualan apatah lagi kematiannya itu begitu
misteri.
Mayatnya yang hanya tinggal tulang rangka itu ditemui sedang
duduk di atas sofa dengan dikelilingi oleh beg beli belah dan hadiah krismas.
Joyce telah meninggal dunia di dalam apartmentnya selama
tiga tahun sebelum pihak berkuasa menemui tulang rangkanya.
Dilahirkan di England pada 1965, Joyce merupakan anak bongsu
dari lima beradik yang semuanya perempuan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dia dikurniakan wajah yang jelita dan mempunyai personaliti
yang menarik.
Pada tahun 80-an, Joyce telah berpindah ke London dan di
situ wanita itu menjadi terkenal selepas sering bergaul dengan penerbit dan
pemuzik.
Sementara apartmen yang didudukinya pula adalah untuk wanita
yang didera. Selepas mayatnya ditemui, polis telah memburu teman lelakinya
untuk disoal siasat namun dia menghilangkan diri.
Joyce diketahui memang menjauhi diri daripada keluarga dan
rakan-rakannya hinggakan dia sanggup berpindah dari satu tempat ke tempat lain.
Pada November 2003, Joyce telah mendapatkan rawatan di
hospital kerana muntah darah dan didapati menghidap ulcer peptic. Dia dirawat
di hospital selama dua hari.
Joyce juga menghidap asma dan kemungkinan besar kematiannya
disebabkan penyakit berkenaan. Sebulan selepas dia mendapat rawatan di hospital,
Joyce meninggal dunia di atas sofa.
Jiran-jiran juga tidak melaporkan perkara pelik mengenainya
kepada pihak berkuasa meskipun mereka menghidu bau busuk dari
apartmentnya.Hanya selepas dia gagal membayar sewa barulah pihak berkuasa mahu
menyita rumahnya.
Mereka memasuki rumahnya pada 2006 dan menemui rangka Joyce.
Keluarganya menyangka Joyce sengaja menghilangkan diri selama ini namun
rupa-rupanya dia telah meninggal dunia.

Hingga kini punca kematiannya masih menjadi misteri. – Mynewshub

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Belum Kering Luka Gaza, Tular Pula Penderitaan Umat Islam di Sudan

SUDAN – Belum pun reda air mata kita mengenang nasib saudara di

Dicerai Dua Hari Sebelum Suami Dilantik PPPK, Rezeki Imelda Safitri Mencurah Tanpa Diduga

ACEH – Rezeki, jodoh dan takdir semuanya urusan Allah. Siapa sangka, ujian