Connect with us

Berita Lain

2 Anggota Kongsi Gelap Geng 35 Dihadapkan Ke Mahkamah


SUNGAI PETANI: Dua lelaki yang juga anggota kongsi gelap
dikenali Geng 35 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan
menjadi ahli kumpulan jenayah terancang itu di daerah ini sejak dua tahun lalu.
S Jagan, 23 dan S Ramachandran, 26, masing-masing bekas
pengawal keselamatan didakwa menyertai geng berkenaan sejak awal Januari 2015
sehingga hujung September lalu.
Menurut laporan portal berita BH Online, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 130V(1) Kanun
Keseksaan (Akta 574) yang mana boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun jika
sabit kesalahan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan di hadapan Hakim
Priscilla Hemalini Nadarajan, kedua-duanya mengangguk faham, namun tiada
sebarang pengakuan direkodkan daripada mereka.
Hakim tidak membenarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap
tertuduh dan menetapkan 29 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula, dengan
kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Alor Setar.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan
Mohd Noor, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Jagan dan Ramachandran yang berasal dari daerah
ini dibawa ke mahkamah jam 9 pagi dengan dikawal ketat anggota Unit Jenayah
Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel