Categories: Berita Lain

PPIM Dakwa Ada 9 ‘Dragon’ Kawal Aktiviti Judi Malaysia, Kaut Untung RM 5 Bilion Sebulan


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa bahawa
aktiviti perjudian haram termasuk semua aktiviti tidak bermoral yang beroperasi
di negara ini didalangi oleh sembilan ketua atau digelar ‘dragon’ sejak sekian
lama.
Malah, 9 dragon ini mampu mengaut keuntungan sebanyak RM 5
bilion sebulan hasil daripada pusat perjudian yang wujud di seluruh negara
melalui sistem hierarki yang diamalkan sejak bertahun-tahun lamanya.
Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM mendakwa sistem 9
dragon sudah lama wujud dan diamalkan di Malaysia malah kumpulan sindiket
tersebut turut mempunyai kuasa di dalam agensi penguat kuasa di negara ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dakwanya lagi, dengan kuasa tersebut, kumpulan itu berupaya
untuk menukar mana-mana penguatkuasa yang mampu mengganggu gugat operasi mereka
dalam tempoh 24 jam.
Kumpulan berkenaan sukar untuk diganggu atau diambil
tindakan kerana pihak atasan organisasi terbabit telah menjalin hubungan dan
saling bekerjasama dalam beberapa urusan selain turut diberi wang
‘perlindungan’.
“Rangkaian tersebut bermula apabila pihak berkuasa atau
individu berkepentingan di negara ini duduk semeja dengan kumpulan dragon untuk
meminta bantuan.
“Mereka kemudian tersepit apabila dragon mula meminta
bantuan untuk melindungi kegiatan haram, tetapi perlu menurut kerana pernah
menerima bantuan dahulu,” dakwanya lagi.
Ujar Nadzim, dragon mengamalkan undang-undang iaitu
pengkhianat akan ditembak mati menyebabkan
pihak berkuasa yang terlibat tidak berani melawan dan terpaksa tunduk
dengan permintaan kumpulan tersebut walaupun ia bertentangan dengan kedaulatan
negara.
Nadzim ketika mengulas mengenai sistem dragon memberitahu,
hierarki tersebut telah lama wujud, malah turut mempunyai hubungan dengan
kumpulan lain di luar negara termasuk Hong Kong, China dan negara lain bagi
menjalankan aktiviti mereka.
Dia juga mendakwa terdapat beberapa individu ternama di
negara ini berjaya menduduki tahap tertinggi dalam sistem rangkaian
antarabangsa itu.
“Jika sebelum ini ada pendedahan mengenai individu bernama
Alex, dia juga adalah anggota kepada sembilan dragon berkenaan yang memakai
gelaran dragon nombor lima yang mempunyai hubungan kuat dengan orang ‘besar’ di
negara ini.

“Saya difahamkan terdapat sembilan dragon utama, jika
mungkin ada tambahan saya tidak pasti, tetapi kesemua mereka mempu­nyai gelaran
Tan Sri dan Datuk Seri yang dibeli untuk mengaburi ke­giatan sebenar mereka,”

katanya.
Malah mereka yang berjaya memakai gelaran tersebut amat
sinonim dengan pelbagai perniagaan di negara ini dan mengutip lebih RM 5 bilion
hasil daripada perjudian.
Wang yang dikumpul kemudian diagihkan kepada
syarikat-syarikat yang ditubuhkan bagi mencuci wang haram itu untuk mengaburi
mata pihak berkuasa.
Nadzim juga mendakwa bahawa tidak sukar untuk mereka
menjalankan operasi tersebut kerana dengan wang yang sebegitu banyak itu mereka
mampu membayar wang perlindungan kepada pihak berkuasa atau siapa sahaja yang
mengganggu perjalanan perniagaan mereka.
“Disebabkan sistem yang berkesan dan bantuan teknologi
terkini, wang tersebut sukar untuk dilarikan oleh mana-mana pekerja ke­rana
takut akan dibunuh oleh anggota sembilan dragon tersebut,” jelasnya.
Sumber: Utusan Online / Siakap keli

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago