Categories: Berita Lain

Penahanan Shafie Bukan Bermotif Politik Kata Menteri

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob



KUALA LUMPUR – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan Pengerusi Bersatu, Tun Dr
Mahathir Mohamad bahawa penahanan beberapa pemimpin kanan Parti Warisan Sabah
(Warisan) termasuk Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal bertujuan melumpuhkan
parti berkenaan.

Ahli Parlimen Bera itu juga menyangkal, penahanan tersebut
bermotif politik dan dilakukan atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak seperti didakwa Mahathir, lapor Sinar Online.
Tegasnya, penangkapan dan penahanan beberapa individu
berkenaan tiada kena-mengena dengan motif politik, sebaliknya dijalankan SPRM
untuk menyiasat kes berkaitan dakwaan penyalahgunaan dana RM1.5 bilion yang
diperuntukkan untuk pembangunan luar bandar di Sabah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tiada kena mengena. SPRM adalah sebuah badan bebas dan SPRM
boleh siasat siapa sahaja,” katanya.
Ismail Sabri berkata, ketika SPRM menahan dan menuduh Exco
kerajaan negeri Johor sebelum ini, tiada siapa kata agensi tersebut tidak adil
dan mempunyai agenda, namun  apabila
siasatan dijalankan kepada pemimpin pembangkang isu berkenaan timbul.
“Kita perlu berlaku adil kepada SPRM kerana mereka badan
bebas. Mereka lakukan siasatan berdasarkan fakta. Jadi kita kena berlaku adil
dan beri kepercayaan kepada SPRM. SPRM tidak ada agenda politik, percayalah,”
katanya.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kementeriannya juga
sedia untuk memberi kerjasama kepada pihak SPRM sekiranya suruhanjaya itu
memerlukan dokumen berkaitan kes yang sedang disiasat.

“Kita bersifat terbuka dan beri sokongan sepenuhnya. SPRM
ada hak untuk datang ke kementerian untuk ambil fail atau komputer atau
mana-mana pegawai kementerian yang pernah bertugas atau tahu kes ini,” katanya.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

3 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

7 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

12 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago