Categories: Berita Lain

Generasi Milenia Diharap Jadi Ejen Transformasi Pembangunan Negara Kata Rosmah


PUTRAJAYA — Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor
berharap generasi milenia akan menjadi ejen transformasi bagi mengambil tempat
dan memainkan peranan aktif dalam arus pembangunan negara.
Rosmah yang juga Penaung Yayasan Minda berkata generasi
milenia ini mampu menjana perubahan yang positif dalam apa jua perkara bagi
mencapai matlamat yang ditetapkan.
Beliau berkata aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50)
menjadi wadah generasi milenia demi masa hadapan yang lebih baik dalam
mencorakkan masa hadapan negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebagai jurucakap transformasi, anda semua harus memainkan
peranan seperti bercakap perkara baik dan positif tentang negara. Anda juga
harus bijak menangkis hujah-hujah negatif daripada pihak tidak
bertanggungjawab,” katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Perdana dan
Perasmian Penutupan Milenia Orator di Seri Perdana malam ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi
(KPT), Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan Pengerusi Jelajah Milenia Mohd
Shahar Abdullah.
Program Orator Milenia yang bertemakan Minda Futuristik
Aspirasi Milenia merupakan antara program di bawah Siri Jelajah Milenia anjuran
bersepadu oleh Yayasan Minda, KPT dan Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa
Aspirasi Malaysia.
Justeru, isteri Perdana Menteri turut menyeru golongan ini
memanfaatkan sebaik-baiknya penggunaan media sosial dan bukannya menyebarkan
perkara palsu tanpa mengetahui kebenaran dan kesahihan maklumat.
“Amalkan budaya menyemak semula sesuatu data dan maklumat
yang diterima supaya kita dapat bertanggungjawab atas maklumat yang hendak
disampaikan.
“Ini adalah kerana golongan milenia harus sedar andalah
pewaris kepimpinan hari ini dan akan mencorakkan masa hadapan negara,” katanya.
Mengenai Orator Milenia, Rosmah berkata ia adalah satu ruang
dan peluang untuk generasi baru negara menonjolkan bakat dan potensi selaras
dengan cita-cita mewujudkan generasi minda kelas pertama bertaraf dunia.
Sementara itu, Mohd Shahar berkata 350 pelajar sekolah
rendah dan menengah dari seluruh negara telah berkongsi aspirasi milenia
melalui pertandingan debat alaf baharu, bicara tunas dan ‘pitching
competition’.
Katanya, program ini bertujuan mengasah bakat dan mengenal
pasti aspirasi golongan ini dalam pembangunan negara menuju ke tahun 2050 dan
berpotensi besar mencorakkan sosioekonomi negara.
Dalam majlis itu, Rosmah turut menyampaikan hadiah berupa
wang tunai RM1,000, piala iringan dan sijil penyertaan kepada juara
pertandingan tunas bicara dan pitching.
Pelajar Roshan James Robert James dari Sekolah Kebangsaan
(SK) St Francis, Perak dan Syed Ali Zufar Alkaff Syed Muhammad Azani dari SK
Kidurong, Sarawak masing-masing dinobatkan johan bagi pertandingan pitching dan
bicara tunas.
Sekolah Datuk Abdul Razak, Negeri Sembilan merangkul juara
pertandingan debat alaf baharu dan membawa pulang wang tunai RM3,000, piala
pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.
Rosmah turut menyampaikan hadiah wang tunai RM500 dan sijil
penyertaan kepada pendebat terbaik dari Sekolah Datuk Abdul Razak, Amin
Baihaqi.
— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago