Categories: Berita Lain

Jamal Pelawa MB Selangor, Adun Sekinchan Makan Tengahari Percuma


SEKINCHAN – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali dan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dipelawa untuk menikmati juadah makan
tengahari percuma di Sekin Fisherman Village Hotel & Resort (Sekin Hotel),
Sekinchan.
Pengerusi NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata,
beliau sendiri akan memasak menu percuma itu untuk kedua-dua pemimpin
berkenaan.
“Kalau Azmin Ali lalu kat depan (Sekin Hotel) ni kalau
nak singgah, kami alu-alukan, tapi kalau nak datang beritahu awal sebab saya
sendiri akan masak untuk menteri besar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Begitu juga YB (Yang Berhormat), Suee Lim nak datang
pun beritahu dan boleh tengok kehebatan saya memasak,” katanya ketika
ditemui selepas Majlis Pembukaan Restoran Gabungan NGO 1Malaysia Cawangan Sekin
Resort, di sini, sebentar tadi.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar menegaskan,
pembukaan restoran makan tengahari percuma di dua tempat di negeri ini tidak
mengira sempadan dan fahaman politik, lapor Sinar Harian.
“Sesiapa saja boleh datang nikmati makan percuma…tak
kira agama dan bangsa.
“Ahli DAP,  Pas,
PKR dan Amanah boleh datang. Cuma yang tak boleh datang dan makan ialah
Myanmar, Indonesia Bangladesh dan warga asing lain,” katanya.
Jamal berkata, program makan tengah hari percuma yang
dilaksanakan di dua tempat setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 12
tengah hari hingga jam 2.30 petang itu dilaksanakan dengan sokongan daripada
rakan NGO yang lain.
“Banyak pertanyaan kepada saya sebelum ini kerana ada
yang kata banyaknya duit saya nak diberikan kepada ribuan orang yang makan
tengah hari percuma.
“Sebenarnya, bukan saya seorang saja menjayakan program
ini. Contohnya, saya menyediakan tempat, logistik dan sebagainya, rakan-rakan
NGO menyumbangkan keperluan lain.
“Saya tidak mengambil duit daripada rakan-rakan
NGO,  cuma mereka menyumbang bahan-bahan
makanan seperti beras, minyak masak, gula, sayuran, ayam, ikan dan
lain-lain,” katanya.
Beliau memberitahu, dengan konsep sedekah yang dilaksanakan
itu, program makan tengah hari percuma mendapat sambutan daripada orang ramai.
“Menariknya, sambutan daripada rakan-rakan NGO yang
menyumbang untuk membangunkan program ini,” katanya.
Beliau turut membayangkan untuk membuka sebuah lagi cawangan
restoran makan percuma di negeri ini dalam waktu terdekat.
“Insya-ALLAH, ada cawangan yang ketiga yang akan dibuka
setelah kejayaan restoran yang kedua ini.
“Saya akan umumkan beberapa minggu akan datang setelah
kami stabil di sini,” katanya.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago