Categories: Berita Lain

[VIDEO] Papa Gomo Ikut Cara Rafizi, Minta Derma Untuk Bayar Saman Fitnah Anwar


Sepertimana Naib Presiden PKR Rafizi
Ramli meminta derma orang ramai untuk membayar saman fitnah NFCorp, aktivis,
Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali dengan nama Papa Gomo mengambil
langkah sama bagi membayar saman fitnah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Wan Azri, Mahkamah Tinggi pada
2014 mengarahkan beliau untuk membayar Anwar RM800,000 serta kos mahkamah
RM50,000 dengan kadar faedah 4% setahun.
Beliau kemudiannya membawa kes ke
Mahkamah Rayuan dan kes tersebut juga ditolak dan dikenakan tambahan RM20,000
sebagai kos mahkamah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ujarnya, beliau membuat tawaran kepada
peguam Anwar untuk membayar pendahuluan RM100,000 dan selebihnya secara ansuran
sehingga hutang selesai, namun ditolak dan meminta beliau melunaskan secara
tunai sepertimana yang diarahkan mahkamah.
Tambah Wan Azri, peguam Anwar
kemudiannya memfailkan notis kebankrapan kepadanya kerana gagal melunaskan
saman beserta faedah sehingga ke hari ini.
“Jumlah kehakiman RM800,000
ditambah faedah pada kadar 4 peratus setahun dari 28 Februari 2014 sehingga 27
Julai 2017 (1,155 hari) sebanyak RM101,260.27. Manakala kos mahkamah pula
sebanyak RM50,000 yang menjadikan jumlah terhutang setakat 27 April 2017, RM951,260.27.
“Saya percaya pada saat ini sudah
mencecah RM1 juta ringgit,” katanya dalam sidang media disiarkan halaman
Facebook peribadinya, Sir Azri.
Justeru, sebagai menghormati arahan
mahkamah untuk membayar saman, Wan Azri kemudiannya mengikut jejak ‘idola’
beliau, Rafizi, dengan membuka akaun untuk mengutip derma bagi melunaskan saman
Anwar.
“Saya memohon kepada mereka sahaja
diluar sana yang menyokong perjuangan saya bagi menyumbang (dana) untuk saya
membayar Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dan penyumbang-penyumbang boleh
membuat pembayaran menerusi akaun Maybank diatas nama Invoke Solution bernombor
5143 6143 5421,” ujarnya.
Invoke Solution merupakan nama yang
digunakan Rafizi untuk mengutip derma bagi membayar saman NFCorp.
Kata Wan Azri, Invoke Solution beliau
adalah yang asli dan ianya telah berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM).

Tambahnya, beliau bersedia berdepan
Rafizi di mahkamah sekiranya Naib Presiden PKR itu ingin mencabar keaslian
‘Invoke Solution’ ditubuhnya itu.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago