Sunday, November 16, 2025

Pas Ganti GST Dengan Cukai Mewah Untuk Orang Kaya

October 26, 2017
1 min read

KUALA NERUS – Penghapusan pelaksanaan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) dan memperkenalkan cukai mewah bagi golongan kaya antara
fokus utama Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) dalam cadangan bajet 2018 yang
bentangkan hari ini.
Bagaimanapun, GST hanya akan dihapuskan dalam tempoh tiga
tahun atas sebab implikasi undang-undang, namun tiada kutipan dibuat sehingga
ia dimansuhkan.

Ketua Pemudanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, adalah
mustahil untuk Pas memansuhkan serta merta sistem itu seandainya memenangi
PRU14 memandangkan ia terikat dengan undang-undang serta akta negara yang perlu
dipatuhi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata, pelaksanaan GST yang dikenakan ketika ini
jelas memberi bebanan yang cukup besar kepada rakyat terutamanya golongan
kurang berkemampuan kerana cukai turut dikenakan ke atas barangan keperluan
harian.
“Kita sasarkan untuk mansuh GST dalam tempoh tiga tahun
(selepas memerintah), namun sepanjang tempoh itu tiada kutipan dibuat, tetapi
akta(GST) tetap ada. Setiap cadangan atau manifesto yang Pas ingin laksanakan
adalah perlu realistik dan kita perlu sedar bahawa kita masih lagi terikat
dengan undang-undang negara yang perlu dipatuhi.
“Namun, jelas sini, fokus kita adalah ingin hapuskan
GST dan dalam masa yang sama kita cadangkan alternatif lain seperti menaikkan
cukai simpanan korporat, cukai keuntungan perniagaan saham dan cukai mewah bagi
golongan kaya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena
Pembentangan Bajet Malaysia 2018 (Alternatif) Perspektif DPPM di Hotel Tabung
Haji dan Pusat Konvensyen, di sini, hari ini.


Menurut Abdul Khalil lagi, selain penghapusan GST, cadangan
bajet yang bertemakan ‘Pembangunan Demi Kelestarian Generasi Masa Depan’ itu
turut memberi perhatian terhadap ketirisan dan pembaziran yang berlaku dalam
pemerintahan kerajaan ketika ini.
“Kita melihat ketika ini terlalu banyak kementerian
diwujudkan dalam kerajaan dengan turut membuat pelantikan politik membabitkan
jawatan timbalan menteri.
“Berkait gaji yang diberikan kita pasti ia melibatkan
jumlah yang banyak  serta jawatan ini
kita rasakan tidak perlu, sebaliknya tugas berkenaan boleh dijalankan oleh
pegawai kerajaan yang telah dilantik dan pastinya banyak perbelanjaan negara
dapat dikurangkan,”katanya.
Dalam pada itu, DPPM turut membuat perkiraan cadangan
pendapatan kerajaan sekiranya memerintah negara ini berjumlah RM215 juta
membabitkan RM125 juta untuk cukai langsung, RM50 juta untuk cukai tidak
langsung dan RM40 juta untuk hasil bukan cukai.



— Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian