Sunday, November 16, 2025

Buat Pertama Kali BR1M Tidak Naik

October 27, 2017
1 min read
Buat kali pertama sejak diperkenalkan pada 2012, kerajaan
tidak menaikkan nilai agihan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Dalam pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pembayaran sehingga RM1,200 akan
dikekalkan.
“BR1M tahun ini telah memanfaatkan 7 juta penerima
dengan peruntukan RM6.8 bilion.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Maka bagi 2018, 7 juta penerima itu akan terus
menikmati pemberian ini dengan kadar maksimum sehingga RM1,200,” katanya
yang juga menteri kewangan.
Berdasarkan pembayaran BR1M pada tahun ini, mereka yang
berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan menerima RM1,200,
sementara isi rumah berpendapatan RM3,000-RM4,000 pula menerima RM900.
Golongan yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan
kurang daripada RM2,000 sebulan menerima RM450.
Skim BR1M diperkenalkan pada 2012, dengan pembayaran sebanyak
RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Ia bertujuan meringankan beban golongan berpendapatan rendah
susulan pengurangan subsidi oleh kerajaan.
Najib juga sempat mengkritik pembangkang yang menurutnya
telah membuat ‘u-turn’ berhubung dasar ini, selepas berungkali mengkritiknya.


“Pembangkang yang begitu negatif terhadap inisiatif ini
dan menuduh sebagai ‘dedak’ dan ‘umpan’, tapi kini tanpa segan-silu membuat
u-turn.
“Khabarnya kerajaan Pulau Pinang sendiri akur akan
benarnya program BR1M oleh kerajaan ini,” katanya.

Belanjawan alternatif Pakatan Harapan yang dibentangkan dua
hari lalu juga mengekalkan pembayaran BR1M, tetapi dengan beberapa syarat
tambahan misalnya penerima perlu mempunyai kerja tetap, sekurang-kurangnya
selama 3 bulan sebelum pengagihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti