Categories: Berita Lain

[VIDEO] `Peragut Viral’ Berjaya Ditahan Polis


IPOH: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan susulan
video kes ragut di Chemor, dekat sini, yang viral di laman sosial, hari ini.
Video berdurasi 57 saat itu menunjukkan seorang lelaki
menghampiri seorang wanita dari arah belakang dan meragut rantai leher mangsa
di hadapan sebuah rumah di Desa Chemor Permai, Chemor, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong,
berkata setakat ini, polis menahan dua lelaki dipercayai boleh membantu
siasatan dalam kes itu.
“Suspek pertama ditahan semalam dan direman tujuh hari
hingga Khamis ini, manakala suspek kedua ditahan hari ini dan direman empat
hari.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kedua-duanya berusia lingkungan 30-an ditahan bagi
membantu siasatan dan semakan mendapati suspek masing-masing mempunyai satu
rekod jenayah membabitkan jenayah dan dadah,” katanya dalam satu
kenyataan, di sini hari ini.
Chang Keong berkata, dalam kejadian jam 7 malam, Rabu lalu,
mangsa berusia 34 tahun yang bekerja sebagai kerani dipercayai baru pulang ke
rumah dari tempat kerja.
“Setibanya mangsa di hadapan rumah, seorang suspek
datang dari arah belakang dan menarik rantai leher mangsa.
“Mangsa melawan dan terjatuh sebelum menjerit minta
tolong. Sebaik suami mangsa keluar dari rumah, suspek yang tidak sempat
mengambil barang kemas mangsa melarikan diri menaiki motosikal bersama
rakannya,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun
Keseksaan kerana cubaan samun. – BH Online


Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago