Categories: Berita Lain

Status Minuman ‘Zero’ Alkohol Jadi Tanda Tanya


SEBELUM ini umat Islam pernah digemparkan dengan penghasilan
‘bir halal’ daripada sebuah syarikat antarbangsa susulan satu pameran produk
halal di ibu negara suatu masa dahulu.
Ia menjadi tular ketika itu kerana bentuk botol pada produk
tersebut menyerupai bir biasa yang berada di pasaran sekali gus menimbulkan
kegusaran dan persoalan dalam kalangan umat Islam tempatan mengenai statusnya.
Isu itu berjaya ‘dimatikan’ apabila Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa tiada sijil
halal dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk minuman
‘bir halal’.
Ini termasuk mana-mana produk pengguna yang didapati sengaja
menggunakan nama menyerupai atau dikaitkan dengan perkara jelas hukumnya memang
haram tetapi dijenamakan semula konon sebagai sudah halal.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jelas beliau lagi, penggunaan nama ‘bir halal’ adalah bertentangan
dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan Standard Malaysia yang
jadi rujukan Jakim serta Jabatan Agama Islam Negeri dalam urusan sijil halal.
Bagaimanapun pada kali ini, umat Islam sekali lagi
dikejutkan dengan produk yang sudah jelas dikeluarkan oleh sebuah syarikat arak
terkenal di Asia, Tiger tetapi mendakwa kononnya minuman itu sebagai sifar
alkohol.
Menurut pendakwah terkenal, Fathul Bari Mat Jahya dalam
catatan menerusi laman Twitter miliknya, minuman itu adalah halal diminum
kerana ramuan pada label tin menyatakan ia tidak mengandungi sebarang alkohol.
Dalam pada itu, anak bekas Mufti Perlis tersebut memberi
gambaran bahawa isu berkenaan timbul ekoran namanya kebetulan sama dengan
syarikat arak seperti rujukan terhadap nama binatang yang haram iaitu babi dan
anjing.
Justeru, walaupun haiwan itu namanya memang adalah haram
seperti babi laut atau anjing laut, namun ia tidak pula merujuk sama seperti
‘babi’ sebenar daripada sudut sifat zatnya.
Malah, hujah pendakwah itu turut disokong pandangan Mufti
Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengatakan sesuatu
minuman yang mengandungi alkohol kurang daripada 0.5 peratus adalah dibenarkan.
Kenyataan mufti itu dirujuk menerusi hujah tokoh Islam
kontemporari terkenal, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi yang pernah mengatakan
bahawa penggunaan kandungan alkohol hanya sebanyak 0.5 peratus adalah
dibenarkan.
Selain itu, Zulkifli merujuk kepada kenyataan Muzakarah
ke-22 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 1988 mengenai isu kordial yang mengandungi
bahan perasa alkohol bagi tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan
sekiranya;
1. Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak
2. Kuantiti alkohol dalam perasa itu sedikit iaitu tidak
memabukkan.
Namun, pandangan ustaz, mufti dan ulama tersohor tersebut
masih lagi dipertikaikan oleh ramai netizen yang dikatakan meragui terhadap
cara penghasilan produk berkenaan pula.
Ada pihak mendakwa, sekiranya produk itu dihasilkan daripada
bangunan yang sama satu bumbung mengeluarkan barangan haram, maka secara tidak
langsung statusnya juga adalah tidak halal.
Malah lebih jelas, produk kontroversi sifar alkohol
berkenaan pula secara terang langsung tidak memaparkan sebarang logo rasmi
halal keluaran Jakim pada tin minuman tersebut.
Setakat ini, pihak Jakim dilihat masih belum lagi
mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara berkenaan minuman yang
dikatakan sebagai bebas alkohol itu.
Namun secara umumnya mengikut sudut Fiqah, jika seseorang
Muslim itu berasa ragu-ragu terhadap sesuatu perkara, maka lebih afdal untuk
terus meninggalkannya.
Hal ini kerana bimbang ia menjadi perkara syubhah yakni
samar-samar antara yang halal dan haram.

– MYNEWSHUB.CC

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

21 hours ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

2 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

3 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

3 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

4 days ago

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Orang awam sempat mengajar mangsa yang dihempap pokok yang… Read More

4 days ago