Saturday, November 08, 2025

[Video] Wanita Terkejut Hingga Menggigil Lihat Lelaki Tidak Dikenali Buat Perkara Tak Senonoh Di Belakang Rumah

October 29, 2017
1 min read

Seorang wanita nyata terkejut hingga menggigil apabila
menjadi saksi kepada perbuatan seorang lelaki melakukan onani di belakang
rumahnya di Taman Utama di Klang, Selangor.
Ketika kejadian yang belaku pada jam 2.20 petang, Aziyana
Sudin, 32, yang mahu membasuh pinggan melihat kelibat seorang lelaki melalui
tingkap dapur rumahnya yang sengaja dibuka untuk mengeluarkan bau masakan.
Ketika lelaki itu lalu di belakang rumahnya, Aziyana melihat lelaki itu menutup
zip seluar yang disangkanya mungkin membuang air kecil.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tidak lama kemudian lelaki terbabit sekali lagi lalu di
belakang rumah menyebabkan saya mulai rasa tidak sedap hati lalu membuka pintu,
namun terkejut selepas melihat dia melakukan perkara tidak senonoh.

“Saya terus memarahinya, namun dia buat tak tahu. Selepas
saya berkata mahu menghubungi polis, baru dia beredar,” katanya yang bertindak
membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, semalam.
Ujarnya lagi, dia baru berpindah sejak tiga minggu lalu ke
kawasan perumahan tersebut dan pernah melihat kelibat lelaki itu di belakang
rumahnya, namun tiada kejadian yang tidak diduga berlaku sebelum ini.
Insiden tersebut mendapat perhatian netizen apabila video
serta gambar kejadian tersebut dimuat naik ke laman sosial olehnya.

Aziyana bagaimanapun mengakui tindakannya itu menerima
kecaman daripada sesetengah netizen namun berkata tindakan memuat naik status
itu kerana mahu mengingatkan suri rumah lain serta kanak-kanak supaya
berhati-hati.
“Saya minta kejadian seperti ini dijadikan iktibar untuk
wanita di luar sana. Kunci pintu belakang rumah dan jangan biarkan anak-anak
bermain sendirian di luar rumah,” katanya.
Manakala Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner
Mazelan Paijan mengesahkan menerima laporan yang dibuat Aziyana.


— myMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Pemuda Langkawi Cedera Parah Lepas Langgar Anjing, Kini Terlantar Di Rumah

LANGKAWI – Sebak hati membaca kisah seorang pemuda, Muhammad Affiq Fitri, 23,

Selepas 7 Tahun, Ibu ‘Mukagengster’ Peluk Islam – “Akhirnya Mak Titew…”

KUALA LUMPUR – Pemuda yang pernah tular dengan kisah penghijrahannya memeluk Islam,