Saturday, November 08, 2025

“Malaysia Bankrap? Sudah-Sudahlah Menipu” – Najib

October 30, 2017
1 min read

W


KUALA LUMPUR: Kemampuan kerajaan pusat pimpinan Barisan
Nasional (BN) untuk terus menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada rak­yat
jelas memadamkan tomahan pembangkang kononnya Malaysia telah bankrap.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,
berdasarkan Bajet 2018 yang dibentangkan pada Jumaat lalu, pelbagai bentuk
bantuan diperkenalkan termasuk kenaikan beberapa elaun khusus untuk warga emas
dan juga orang kurang upaya (OKU) sekali gus bukti kewangan kerajaan masih
mampu memenuhi keperluan rakyat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kemampuan kerajaan itu membuatkan Najib mempertikaikan
tuduhan pembangkang kononnya negara ini telah bankrap.

“Rakyat perlu, BN bantu, sebab kita mampu. Malaysia bankrap?
Sudah-sudahlah pembangkang menipu,” kata Perdana Menteri menerusi status
terbaharunya di akaun Facebook beliau hari ini.
Semasa pembentangan Bajet 2018 pada Jumaat lalu, beberapa
bentuk bantuan dan kemudahan terus dikekal dan ditambahkan kepada rakyat
termasuklah setiap anak Malaysia yang lahir antara 1 Januari 2018 sehingga 2022
dihadiahkan dana tabungan permulaan sebanyak RM200 yang dinamakan sebagai
Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) dan elaun warga emas dinaikkan kepada
RM350 sebulan.
Selain itu, elaun kepada OKU yang bekerja, tidak be­kerja
atau menjaga OKU dinaik­kan RM50 sebulan dan peruntukan RM500 juta iaitu paling
tinggi pernah diberikan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan khususnya bumiputera.
Meskipun memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan, lebihan
perbelanjaan kerajaan dijangka terus berkurangan kepada 2.8 peratus daripada
keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2018, berban­ding tiga peratus untuk
2017.
Najib juga dalam status Facebook berasingan berkata, BN juga
menghargai sumbangan penjawat awam sebagai nadi perkhidmatan kerajaan.
Di dalam Bajet 2018, beberapa insentif turut diumumkan untuk
kakitangan awam antaranya meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300
hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan dan kemudahan tujuh hari cuti tanpa
rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain itu ialah bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada semua
penjawat awam manakala pesara kerajaan menerima bayaran khas sebanyak RM750.
“Bukan macam pembangkang siang malam sibuk kata nak buang
penjawat awam, BN tahu dan hargai sumbangan anda untuk negara,” kata Najib.

— Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam, Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Rakyat Muar

LANGKAWI – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa

PU Rahmat Mohon Maaf Isu Gurauan “Sama-Sama Banduan”, Puji Sikap Humoris PMX

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, PU Rahmat menjadi perhatian