Connect with us

Berita Lain

51 Pembeli ‘Banglo Murah’ Tuntut Wang Dikembalikan


LANGKAWI: Seramai 51 pembeli banglo dengan harga dari
serendah RM40,000 yang ditawarkan sebuah syarikat tampil berhimpun menuntut
agar wang mereka dikembalikan.
Mereka mendakwa kerugian antara RM30,000 hingga RM100,000
apabila syarikat berkenaan yang dikatakan milik seorang pelakon berpangkat
Datuk gagal membina rumah yang dijanjikan.
Antara mangsa, Nazri Ali, 51, berkata pada peringkat awal
beliau dan 50 individu lain terpengaruh dengan janji manis wakil syarikat itu
yang membuat promosi secara besar-besaran melalui poster, taklimat dan iklan
dalam media sosial.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Malah, kami lebih teruja dan menganggap ia projek
kerajaan apabila dalam poster yang ditampal di merata tempat di pulau ini dan
viral dalam laman sosial turut mencatatkan nama ahli politik tempatan yang
berpengaruh.
“Ketika itu, kami tidak tahu ramai pembeli di negeri
lain termasuk Selangor, Sabah dan Perlis yang marah kerana ada masalah dengan
syarikat berkenaan,” katanya ditemui selepas membawa wartawan meninjau
tapak kosong di Jalan Padang Gaung di sini.
Nazri yang juga seorang peniaga berkata, dia mula mengesyaki
sesuatu tidak kena apabila wakil atau pengurusan syarikat itu sukar dihubungi
dan memberi pelbagai alasan termasuk hanya akan membina rumah selepas bayaran
penuh dilunaskan.
“Mereka hanya menyiapkan sebuah rumah contoh dan
menggunakannya untuk mengaburi mata pembeli keupayaan mereka menyiapkan rumah
dalam tempoh tiga bulan.
“Kami rugi besar, …malah paling sedih ada yang
menggunakan duit ganjaran pencen sebagai pegawai kerajaan dan simpanan puluhan
tahun untuk membuat bayaran kepada syarikat itu dengan harapan dapat memiliki
rumah,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Soleha Othman, 54, berkata dia rasa
tertipu dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap syarikat itu.
“Bukan setakat 188 pembeli yang buat laporan polis
mengalami nasib malang akibat ditipu, malah saya yakin lebih 500 mangsa
termasuk yang belum membuat laporan polis terbabit dalam kes ini.
“Sebelum ini saya sendiri adalah seorang yang amat
berhati-hati untuk melabur, tapi dalam kes ini saya juga menjadi antara mangsa
…jadi sedih, geram dan kecewa sangat dengan tindakan syarikat terbabit.
“Harapan selepas ini adalah semoga ada kaedah terbaik
untuk kami dapatkan semula duit yang telah dibayar kepada JKGR,” katanya.
Mereka tampil berhimpun susulan tindakan polis menahan tiga
suspek utama berkaitan kes penipuan jualan rumah bernilai RM6.2 juta, semalam.
Akhbar tempatan hari ini melaporkan, Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani,
berkata pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah
membabitkan dua syarikat terbabit.

– Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel