Connect with us

Berita Lain

60,000 Pegawai Polis Selesai Latihan Persediaan PRU14


KAJANG – Seramai 60,000 pegawai dan anggota Polis Diraja
Malaysia (PDRM) selesai menjalani latihan persediaan bagi menghadapi pilihan
raya umum ke-14 (PRU14).
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman
Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah, berkata antara anggota yang
selesai menjalani latihan itu adalah Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Beliau berkata latihan berkenaan diadakan bagi memberi
pendedahan kepada anggota mengenai tugasan sama ada di pusat mengundi atau
ketika melakukan tugasan lain berkaitan pilihan raya.
“Lebih ramai anggota akan di latih sehingga tarikh PRU-14
diumum, fokus ketika ini adalah memberi pendedahan mengenai situasi yang
mungkin terjadi ketika pilihan raya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita mahu semua pegawai dan anggota berada dalam keadaaan
bersiap sedia dalam apa jua situasi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis
Penutup Kursus Pengurusan Krisis dan Kursus Rundingan Krisis PDRM di Batalion 4
Pasukan Gerakan Am di Semenyih dekat sini, hari ini.
Seramai 40 pegawai kanan PDRM antaranya Ketua Polis Negeri
dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah selesai menjalani kursus selama lapan hari
bermula 1 Oktober lepas.
Sementara itu, Zulkifli bercadang untuk mengadakan kursus
mengenai cara mengendalikan media kepada pegawai dan anggota polis dalam masa
terdekat.
“Media amat penting kepada polis dan kalau boleh satu kursus
secara bersama dengan warga media akan diadakan untuk memberi pendedahan
tentang kehendak media.
“Kita tidak mahu berita atau maklumat mengelirukan dan tidak
benar sampai kepada masyarakat,” katanya. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel