Connect with us

Berita Lain

‘Aishah… Aishah… Aishah…’ – Bapa Sebak Sejurus Ditunjukkan Seluar Anak



LANGKAWI: Seorang bapa tidak dapat menahan sebak
sejurus ditunjukkan sehelai seluar trek dipercayai dipakai anaknya yang belum
ditemui dalam tragedi ‘kepala air’ di air terjun Kampung Buku Lubuk Semilang,
di sini.

Kassim Abdullah, 45, bapa kepada Siti Aishah
Kassim, lima tahun, turut dilihat memeluk erat seluar trek itu yang ditemui
orang ramai ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang
disambung semula mulai jam 7 pagi hari ini, lapor BH Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Aishah…. Aishah…. Aishah….,”
berulang kali nama anaknya disebut oleh buruh binaan itu sejurus menyambut
seluar berkenaan di tempat kejadian di sini, hari ini.
Seluar trek hitam itu ditemui sekumpulan orang
ramai tersangkut pada akar kayu kira-kira 500 meter dari tempat kejadian
kira-kira jam 11.15 pagi.
Ketika ditemui, Kassim mengenali seluar itu milik
anaknya kerana dipakai Siti Aishah sejak awal pagi semalam.
“Pagi semalam dia (Aishah) amat manja dengan
saya dan beberapa kali mencium pipi serta tidur atas riba saya.
“Saya akan berada di sini dan menanti. Apa pun
saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya yang menetap di Kampung Bukit
Malut, di sini.
Qistina Puteri Wira, 11, ditemui lemas jam 5.30
petang semalam, diikuti Nor Aiman Wahidah Mohd Rosli, 11, pada jam 12.40 tengah
malam tadi dan terakhir, Anis Shahtirah Saad, 12, pada 11.46 pagi tadi.
Siti Aishah yang juga anak bongsu dalam
keluarganya, adalah mangsa tunggal belum ditemui pasukan SAR merangkumi bomba,
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam.
Dalam kejadian 4.30 petang semalam, semua mangsa
dilaporkan dihanyut arus deras dari puncak bukit yang membadai secara
tiba-tiba.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel