Connect with us

Berita Lain

Anak-Anak Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dekat Di Hati Saya, Kata Datin Seri Rosmah Mansor


PUTRAJAYA, 5 Okt — 
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata tragedi
kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat memberi kesan yang
mendalam buat dirinya sekeluarga.
Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan
Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) dan Penaung Tabung Kesejahteraan Kanak-kanak
Sedunia, berkata anak-anak pusat tahfiz berkenaan begitu dekat dengan beliau
dan keluarga.
“Anak-anak tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ini amat istimewa
dan dekat di hati saya.
“Sejak beberapa tahun lalu, pada setiap hari Khamis malam
Jumaat para pelajar tahfiz ini hadir di kediaman saya di Taman Duta untuk
melakukan ibadah seperti membaca surah Yasin dan mengadakan solat hajat,”
katanya ketika menyampaikan sumbangan berjumlah 
RM1.6 juta kepada keluarga dan pelajar pusat tahfiz tersebut di Seri
Perdana, di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir
meluangkan masa bermesra dan bertanyakan khabar waris tragedi berkenaan.
Menurut Rosmah  pada
bulan Ramadan pula anak-anak tahfiz berkenaan menyerikan lagi majlis khatam
al-Quran selain menunaikan solat sunat terawih secara berjemaah.
Sementara itu, menurut Pegawai Khas kepada Perdana Menteri
Datuk Rizal Mansor, sudah menjadi kelaziman bagi para pelajar tahfiz Darul
Quran Ittifaqiyah untuk melakukan aktiviti ibadah di kediaman Perdana Menteri
sejak tiga tahun lalu.
“Kali terakhir pelajar pusat tahfiz ini melakukan aktiviti tersebut
ialah pada hari Khamis malam Jumaat seminggu sebelum tragedi.
“Malah pada hari tragedi berkenaan yang berlaku pada subuh
Khamis, malam berkenaan mereka dijadualkan untuk melakukan aktiviti tersebut di
rumah Perdana Menteri seperti biasa,” katanya.
Kebakaran pada 5.15 pagi 14 Sept di pusat tahfiz tersebut
mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang juga warden asrama akibat
terperangkap di dalam asrama yang terletak di tingkat paling atas bangunan tiga
tingkat berkenaan.
Pada majlis hari ini, Rosmah menyampaikan sumbangan kepada
40 penerima iaitu 23 waris yang terkorban, enam keluarga pelajar yang cedera
dan 11 pelajar yang terselamat.
Setiap waris 
menerima  RM10,000 iaitu RM5,000
daripada Bakti dan RM5,000 daripada 
Tabung Kesejahteraan Kanak-kanak Sedunia yang ditubuhkan di bawah
program Permata untuk membantu kanak-kanak yang terlibat dengan sebarang
musibah.
Sumbangan kepada pelajar yang mengalami kecederaan pula
sebanyak RM6,000 seorang iaitu RM3,000 daripada Bakti dan RM3,000 daripada
Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia.
Sementara sumbangan kepada pelajar yang terselamat pula
ialah sebanyak RM2,000 seorang  iaitu
RM1,000 daripada Bakti dan RM1,000 daripada Tabung Kesejahteraan Kanak-kanak
Sedunia.
Selain sumbangan daripada 
Bakti dan tabung berkenaan, Rosmah turut mengumumkan sumbangan daripada
seorang individu yang menyumbangkan RM50,000 kepada setiap waris yang
kehilangan keluarga, RM20,000 kepada setiap pelajar yang cedera dan RM5,000
kepada para pelajar yang terselamat.
Sementara itu, ibu 
seorang mangsa yang terkorban, Hartini Abdul Ghani, 48 yang kehilangan
anak keenam daripada tujuh beradik, 
Allahyarham Nik Muhammad Ridzwan Nik Azlan, 12, berkata beliau tersentuh
dengan keprihatinan Perdana Menteri sekeluarga terhadap kebajikan waris dan
mangsa sehingga ke hari ini.
“Arwah saya sering bercerita mengenai rasa terujanya untuk
mengaji di rumah Perdana Menteri.
“Dia sering memesan untuk membawa jubah yang bersih pada
setiap hari Rabu iaitu sehari sebelum mereka mengaji di rumah Perdana Menteri,”
katanya lagi.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengetua Darul Quran
Ittifaqiyah Mohd Zahid Mahmood.— Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel