Connect with us

Berita Lain

Anina Saman 6 Ahli BERSATU


Bekas anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (BERSATU) Anina Saadudin menyaman enam individu berhubung
dakwaan dia menerima suapan bernilai RM7 juta daripada Umno.
Katanya empat daripada mereka ialah pemimpin BERSATU
Langkawi yang dilantik oleh ketua bahagian itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun kata Anina Dr Mahathir bukan seorang daripada
enam individu yang disamannya itu.
Setakat ini Anina tidak mendedahkan identiti individu
berkenaan dalam saman yang difailkannya melalui firma guaman Tetuan Abdul Aziz
& Tazmin di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 12 Okt.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya memfailkan tuntutan saman fitnah ini selepas
berpuas hati semua proses dalaman parti dilakukan.
“Saya telah menghantar aduan kepada Jawatankuasa
Disiplin BERSATU pada 2 Ogos 2017 tetapi tiada sebarang siasatan dan tindakan
diambil,” katanya dalam sidang media di rumahnya di Bandar Baru Bangi,
Selangor hari ini.

sebelum mengemukakan aduan itu bekas pemimpin Wanita Umno
Langkawi berkenaan berkata, dia juga membuat laporan kepada polis, Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Malangnya kata Anina fitnah yang dikaitkan dengannya itu
masih berlegar di media sosial dan orang ramai, malah sehingga Ketua Pemuda
BERSATU (ARMADA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengadakan sidang media pada 2
Okt lalu dan mengaitkan namanya.
“Saya amat kelas dengan tiadanya tindakan parti
khususnya jawatankuasa disiplin dan pucuk pimpinan BERSATU sendiri.
“Lebih malang fitnah ini dimulakan dan diteruskan oleh
barisan kepimpinan BERSATU Langkawi,” katanya.
Tindakan itu katanya bukan saja memberi kesan kepada dirinya
malah turut menjejaskan nama baik Dr Mahathir.

“Saya yang merupakan salah seorang penaja BERSATU
difitnah dan dibiarkan begitu saja tanpa sebarang pembelaan daripada pimpinan
parti seolah-olah ia direstui.

“Justeru saya mengambil tindakan melalui proses
mahkamah bagi menyangkal fitnah mereka dan membersihkan nama saya daripada
tuduhan berniat jahat dan jijik ini,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel