Connect with us

Berita Lain

ATM, PDRM Aset Penting Keselamatan Negara


PUTRAJAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) adalah aset penting keamanan negara yang perlu dikenang, dirai
dan diiktiraf, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tanpa keamanan hasil perjuangan pasukan keselamatan itu,
negara serta rakyat tidak akan berada di tahap sepertimana yang dikecapi ketika
ini, katanya.
Beliau berkata keamanan yang dikecapi menyaksikan Malaysia
mencatat pertumbuhan 5.8 peratus dalam Keluaran Negara Kasar (KDNK) bagi suku
kedua tahun ini, iaitu antara pertumbuhan yang tertinggi di dunia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita juga berada di tangga ke-29 daripada 193 negara
paling aman di dunia dalam Indeks Keselamatan Global, malah Malaysia juga
berada di kedudukan ke-23 negara yang mempunyai ekonomi paling berdaya saing.
“Ini semua tidak mungkin terjadi tanpa keamanan dan
keselamatan dan atas sebab itulah pada saya, wajib bagi kita untuk sentiasa
mengiktiraf, mengenang jasa serta pengorbanan para pahlawan negara,”
katanya ketika berucap pada Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2017 di Dataran
Pahlawan Negara di sini, hari ini.
Hadir sama ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor,
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja
Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi
Harun.
Majlis penuh istiadat itu dijayakan oleh seramai 606 anggota
PDRM dan ATM.
Perdana Menteri menarik perhatian bahawa perjuangan dan
pengorbanan pasukan keselamatan perlu dihargai setiap hari dan bukan hanya pada
sambutan tertentu sahaja.
Menurutnya, perjuangan menentang komunis, berdepan tragedi
berdarah 13 Mei 1969, mematah serangan kumpulan militan Al-Maunah, menangani
kegiatan Daesh, IS dan Al-Qaeda sehingga kepada peristiwa hitam pencerobohan
musuh di Lahad Datu Sabah pada 2013 merupakan antara pengorbanan terbesar
pasukan keselamatan yang tidak ternilai untuk diraikan setahun sekali.
“Sumbangan dan pengorbanan ini perlu disemat dalam
ingatan setiap rakyat dan sebagai kerajaan, kita akan melakukan yang terbaik
termasuk mengkaji segala kemudahan yang dapat diberikan dalam menjaga kebajikan
dan kesejahteraan anggota keselamatan termasuk mereka yang telah bersara,”
katanya.
Perdana Menteri turut mengajak anggota dan bekas anggota
keselamatan untuk terus mempamerkan semangat perjuangan yang tinggi agar
semangat yang ditunjukkan dapat menjadi cerminan dan ikutan kepada generasi
muda, khususnya generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Dengan cara itu, katanya, generasi TN50 dapat menjiwai
semangat dan roh kepahlawanan generasi terdahulu sekaligus dijadikan pedoman
dalam meneruskan perjuangan meletakkan Malaysia sebagai 20 negara termaju di
dunia di masa hadapan.
“Perkara pertama yang perlu diingati ialah pertahankan
keselamatan dan keamanan sedia ada kerana itu asas utama kepada kejayaan setiap
cita-cita dan perancangan yang dibuat,” katanya.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel