Connect with us

Berita Lain

Awas! Tiga Sektor Pekerjaan Paling Berisiko Membuang Pekerja



FENOMENA pembuangan kerja kini tidak boleh lagi dikaitkan
dengan kemerosotan ekonomi semata-mata kerana perkara itu turut didorong oleh
pelaksanaan sistem automasi di tempat kerja.

Ini kerana pelaksanaan sistem automasi yang lebih
menjimatkan kos memaksa syarikat menukar strategi perniagaan masing-masing
hingga menyaksikan lebih ramai pekerja terpaksa dibuang.
Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin
Bardan sebelum ini memberi amaran tiga sektor paling berisiko tinggi berdepan
pembuangan ialah sektor pembuatan, peruncitan dan kewangan susulan pelaksanaan
sistem automasi.
Malah katanya, lebih ramai pekerja mungkin dibuang tahun ini
di Malaysia.
Pada 2016, 40,000 pekerja diberhentikan sementara lebih
17,000 lagi dibuang sehingga Jun tahun ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada 2015, 44,000 pekerja diberhentikan dan 18,000
daripadanya adalah daripada sektor perbankan, susulan langkah industri kewangan
yang melaksanakan sistem perbankan dalam talian.
Dalam pada itu, kajian Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyatakan
antara tahun 2015 dan 2020, lebih 5 juta pekerjaan akan digantikan dengan
mesin.
Sementara laporan The Future of Employment oleh Universiti
Oxford pada 2013 meletakkan pegawai telepemasaran, pegawai kredit dan juruwang
sebagai pekerjaan paling berisiko untuk digantikan dengan mesin.
Manakala pekerja sosial, pakar terapi pemulihan serta pakar
diet dan nutrisi adalah pekerjaan yang paling selamat.
Selain itu, Pengasas Syarikat Perunding DDG, Justin Tobin
mencadangkan para pekerja mula mempelbagaikan kemahiran bagi menghadapi masa
hadapan yang semakin mencabar. – Astro Awani

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel