Connect with us

Berita Lain

Bajet Alternatif 2018: PH Cadang Mansuh GST, Kekal BR1M

Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Bajet Alternatif di luar Dewan Rakyat. – Foto: Facebook Pakatan Harapan



KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menerusi Bajet Alternatif
2018 mengulangi hasrat untuk memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)
dan mengembalikan subsidi bahan api.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
ketika mengumumkan Bajet Alternatif di luar Dewan Rakyat berkata, hasrat
menghapuskan GST dan mengembalikan cukai jualan dan perkhidmatan pada 2018
bukan tindakan populis, sebaliknya bertujuan meremajakan penggunaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Niat kami adalah untuk mengembalikan RM25.50 bilion ke
dalam ekonomi dan membantu meringankan situasi suram ekonomi bagi semua orang,”
katanya hari ini.
Presiden PH itu berkata, subsidi minyak perlu diberikan
kepada rakyat kerana Malaysia ialah pengeluar minyak.
“Untuk itu kami mencadangkan subsidi minyak sekitar RM1
bilion pada 2018.
“Ini bermakna pengurangan 20 sen seliter untuk sejumlah 5.4
bilion liter petrol bersubsidi.”
Bagaimanapun, katanya, PH tidak bercadang mengembalikan
subsidi gula atas faktor kesihatan, tetapi akan mengekalkan pemberian Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Beliau berkata, PH mengiktiraf BR1M berupaya membantu
golongan memerlukan, tetapi mencadangkan penerimanya melakukan sesuatu yang
positif bagi meningkatkan produktiviti mereka.
“Contohnya kami mungkin akan memberikan bayaran BR1M,
bersyarat penerimanya mesti bekerja dan kekal bekerja sekurang-kurangnya 3
bulan.”
Wan Azizah berkata, PH juga akan mensyaratkan penerima BR1M
menggunakan bantuan kewangan itu untuk perbelanjaan seisi keluarga, seperti
membayar bil utiliti dan pendidikan.

“Untuk itu, kami perlu bekerjasama erat dengan pasar raya
dan pembekal utiliti, oleh itu kami akan memperbaiki bantuan BR1M pada 2018 dan
menggunakan jumlah RM5.4 bilion yang sama seperti kerajaan pusat bagi program
bantuan sosial ini,” katanya. 

FMT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel