Connect with us

Berita Lain

Bapa Lumpuh Dikurung Sejak Isnin


LELAKI warga emas, 80, dipercayai ditinggalkan di sebuah
rumah di Taman Inderapura, Kuantan, diselamatkan anggota polis Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD), hari ini.
Warga emas berkenaan, Tang Ngad, yang lumpuh separuh badan
akibat angin ahmar ditemui dalam keadaan bogel di jeriji rumah, lapor My Metro.
Pasukan polis terpaksa memotong jeriji rumah itu yang
dikunci oleh anaknya sejak Isnin lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut jurucakap polis, pihaknya mendapat maklumat mengenai
kes itu selepas menerima laporan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Teruntum, Sim Chong Siang.
“Kami bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa
berada di depan pintu jeriji dengan keadaan bogel dan dipenuhi najis.
“Polis terpaksa memotong mangga yang dipasang sebelum
membawa keluar warga emas itu dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan
(HTAA) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya hari ini.

Katanya, polis akan menghubungi anak warga emas berkenaan
untuk siasatan lanjut selepas ini.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel