Connect with us

Berita Lain

”Baru Darjah 1 Tapi Setia Pimpin Ayah Yang Buta Di Tepi Jalan”, Aturan Allah Temukan Aku Dengan Mereka


Dalam perjalanan ke tempat kerja lelaki ini, Mohd Fadli Salleh ternampak seorang
anak kecil yang masih tidak mengerti soal tanggungjawab, tetapi setia memimpin
tangan si ayah yang buta berdiri di tepi jalan. 



Tergerak hatinya untuk berhenti bertanya khabar dan mungkin menghulurkan sedikit bantuan. Berikut adalah perkongsian kisah beliau bersama seorang lelaki buta bersama anak perempuannya. 


Semoga perkongsian kisah ini memberi iktibar kepada kita semua untuk sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Walaupun nampak kecil tapi besar pada mereka yang amat memerlukan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

HARI ini tergerak hati nak ke sekolah dengan kereta. Aku bawa
terus 60 buah beg sekolah untuk simpan kat sekolah dan agih lepas peperiksaan
akhir tahun nanti.
Lalu depan Pasar Gombak, kelihatan seorang budak perempuan
sedang memimpin tangan ayahnya dan menyekat teksi belakang kereta aku. Melalui
cermin pandang belakang, aku perhati teksi berwarna hijau itu tidak berhenti!

Terus aku berhentikan kereta. Walau dah terlepas jauh, tak
sanggup aku nak biarkan anak kecil dan lelaki buta berpanasan ditepi jalan
macam ni. Aku undur kereta dan berhenti betul-betul didepan mereka.

“Oh, kereta biasa. Ingatkan teksi,” kata si ayah
selepas anaknya berbisik ditelinga.
“Abang nak pergi mana? Meh saya hantarkan.”
“Saya nak hantar anak saya ni ke Sekolah Danau Kota.
Lepas tu tunggu anak darjah 5 pula pulang dari sekolah,” balas si buta
jujur.
Aku buka pintu kereta, dan pelawa mereka masuk. Dalam kereta
kami berborak. Tentang kehidupan dia, tentang apa saja. Kadangkala kami gelak
bersama bila aku bergurau dengan dia.
Anak dia ada 4. 3 perempuan satu lelaki. Yang sulung
Tingkatan 1, yang bongsu 2 tahun. Yang dalam kereta ni, namanya Hadini Fatihah.
Tahun 1 Gemilang. Cantik dan petah budak ini. Jalan ke sekolah dia yang tunjuk,
tanya apa saja tentang keluarga dengan lancar dia jawab.

Sebelum turun kereta, aku sempat bagitahu dia tentang Projek
Beg Sekolah yang aku lancarkan. Kejadian aku tiba-tiba tergerak hati nak bawa
kereta, nak bawa beg, teksi hijau tak berhenti dan aku memberi tumpang mereka
bukan kebetulan. Ini perancangan Allah S.W.T. Cantik dan sempurna kan?
Sebaik turun kereta, aku serahkan 3 buah beg untuk anak-anak
dia yang bersekolah serta sedikit sumbangan wang untuk perbelanjaan harian.
Lepas tu aku minta izin untuk ambil gambar dia dan Hadini Fatihah.

Alhamdulillah, keluarga ini tidak pernah aku kenali. Tapi
Allah aturkan agar keluarga mereka merupakan penerima pertama Projek Beg
Sekolah untuk kegunaan 2018.
Senyumlah pengirim sumbangan sekalian, ada doa yang
baik-baik dititipkan buat kalian dari si buta dan anak-anaknya ini. Dan pahala
yang berterusan mula mengalir ke akaun simpanan pahala kalian. Tenang dan
yakinlah dengan janji Allah.
Kita mungkin tidak ditakdirkan untuk bersua di dunia, namun
aku mohon pada Allah S.W.T agar kita berjumpa di taman-taman syurga kelak. In
Sha Allah, amin. – Malaysian Update


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel