Connect with us

Berita Lain

Bertaubatlah Mahathir, Pesan Presiden Pas

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang – Foto: Malay Mail Online


MENJADI blok ketiga, mungkin bukan langkah mudah bagi Pas.
Ada sahaja hentaman daripada bekas sekutunya daripada Pakatan Harapan. Itu
belum lagi asakan daripada BN, tetapi ada yang melihat langkah Pas semakin
berani. Kejayaan menghimpunkan ratusan ribu penyokong pada Himpunan Fastaqim
2.0 di Terengganu baru-baru ini dijadikan kayu pengukur bahawa parti itu
mempunyai sokongan meluas. Namun, sejauh mana parti Islam itu mampu
menterjemahkan sokongan kepada PRU14 kelak? Bagaimana pula sokongan pengundi
bukan Islam? Ikuti wawancara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama
wartawan Muhammad Shamsul Abdul Ghani.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Baru-baru ini, 
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad  mendakwa menyokong Pas sama seperti beri undi
kepada BN, dan minta Pas supaya bertaubat. Boleh Datuk Seri jelaskan mengenai
perkara ini?
Pas bukan parti dalam BN dan kita akan bertanding di kerusi
di mana BN bertanding. Selayaknya Mahathir bertaubat kerana dialah penyebab
kerosakan sistem negara, mengurangkan hak dan kuasa Melayu-Islam dan Majlis
Raja-raja, mengamalkan demokrasi tempang dan memerintah negara secara diktator.
Semua kesalahan ini beliau tidak mengaku dan tidak minta maaf kepada mangsa,
bahkan masih lagi mempertahankan salah lakunya. Ini menunjukkan beliau tidak
jujur untuk selamatkan Malaysia. Yang beliau mahu adalah jatuhkan Najib sahaja.
Hakikatnya, mengundi DAP, PKR, Amanah, Bersatu adalah mengundi dan mengiakan
kezaliman Mahathir.
Mahathir kata kebencian Pas kepada Amanah dan DAP melebihi
azam untuk selamatkan negara dan agama. Apa komen Datuk Seri?
Sejak ditubuhkan sehingga hari ini, Pas tidak meninggalkan
matlamat untuk menyelamatkan negara melalui Fasal 5 Perlembagaan Pas. Bezanya,
Pas mahu selamatkan negara dengan Islam bersama jaminan Perlembagaan Persekutuan
yang menyatakan Islam sebagai agama Persekutuan. Adapun DAP tidak menghormati
perkara ini dengan berani menunjukkan sikap menentang usaha memartabatkan
mahkamah syariah melalui pindaan RUU355. Amanah pula ditubuhkan di atas restu
DAP untuk menggantikan Pas, malangnya Amanah tidak berjaya mendapatkan undi
Melayu, bahkan penubuhannya memberi bebanan kepada DAP. Tambahan pula, kita
melihat harapan DAP untuk selamatkan negara adalah palsu dengan beberapa kes
pemimpinnya terpalit isu rasuah. Pas yang memerintah Kelantan hampir 27 tahun
adalah kerajaan bersih tanpa rasuah dan diiktiraf sebagai pentadbiran
berintegriti oleh agensi-agensi kerajaan yang membuat audit kepada pentadbiran
kerajaan, walaupun tempoh masa pemerintahan lebih panjang.
Polemik  hubungan
politik Pas-Umno sering dimainkan. Boleh Datuk Seri jernihkan isu ini, tambahan
menjelang PRU14 nanti.
Pas  ambil pendekatan
tahaluf siyasi dan taawun bagi hadapi PRU14. Pas bertahaluf dengan parti-parti
dalam Gagasan Sejahtera bagi menghadapi BN dan Pakatan Harapan. Adapun dengan
Umno-BN, kita mengambil pendekatan taawun iaitu menyokong apa yang baik dan
positif demi keutamaan Islam dan Melayu dan kita membantah apa yang negatif dan
salah yang merugikan negara dan rakyat seperti GST, TPPA, DLP dan Akta 164.
Menjelang PRU14, pendirian Pas jelas iaitu tiada kerjasama
dengan Pakatan Harapan. Namun, isu pertembungan tiga penjuru sering
ditimbulkan. Bagaimana strategi Pas agar tiga penjuru ini beri keuntungan
kepada parti?
Persoalan strategi adalah rahsia, cumanya Pas telah meneliti
satu persatu bagi setiap kerusi dan menyusun strategi berdasarkan maklumat akar
umbi. Sasaran kita untuk menang 40 kerusi adalah realistik dan boleh dicapai.
Saya juga melihat penganalisis politik sangat dipengaruhi
oleh keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk mengunjurkan apa yang
bakal berlaku pada PRU14. Pas melihat dua PRK ini  sebagai kes tersendiri, dengan pengertian
lain. Senario politik di dua kawasan ini tidak mewakili keseluruhan senario
politik di seluruh negara. Setiap kawasan ada ciri-ciri tersendiri, mengambil
kira komposisi kaum, kedudukan kawasan di bandar atau luar bandar, parti-parti
mana yang bakal bertanding, siapa calon dijangka bertanding, isu-isu setempat
dan lain-lain. Oleh sebab itu, dalam mempertimbangkan boleh menang atau tidak,
Pas tidak sekadar menganalisisnya berasaskan dua senario, tiga penjuru atau dua
penjuru. Pas juga tegas bersama akidah Islam dan bersama asas Perlembagaan
Negara yang mahu dirungkaikan oleh berbagai aliran.
Apakah lima kelebihan Pas berbanding Pakatan Harapan untuk
menewaskan BN?
Dasar Pas adalah Islam dan Pas tidak pernah menjual prinsip
ini demi meraih undi pilihan raya atau kemenangan sementara. Islam jadi akidah
perjuangan yang kukuh. Kedua, Pas ada kekuatan akar umbi yang tidak dimiliki
oleh pembangkang lain. Kita ada 196 kawasan dan 7,063 cawangan di seluruh
negara. Ketiga, Pas bersama Gagasan Sejahtera yang didukung oleh parti-parti
politik, NGO-NGO dan tokoh-tokoh masyarakat.
Keempat, Pas meninggalkan politik tegang dan amalkan Budaya
Politik Matang dan Sejahtera yang lebih mendekatkan Pas dengan pengundi dan
mewujudkan keamanan serta  kestabilan
politik negara. Kelima, orang Melayu bersama Pas. Kita perlu sedar undi teras
politik Malaysia adalah Melayu. Mana-mana parti yang mahu jadi pemerintah mesti
dapat undi Melayu dan kita lihat Bersatu dan Amanah tidak dapat menarik undi
Melayu kepada Pakatan Harapan, cuma Pas perlu juga melibatkan bukan Islam yang
masih tidak fanatik perkauman dan agama.
Kekuatan Pas terletak pada dasar Islam, akidah perjuangan
Bagaimana pula Datuk Seri melihat sikap pengundi terhadap
Pas kini?
Alhamdulillah, selepas DAP memutuskan hubungan dengan Pas,
pengundi Melayu mula beralih kepada kita. Ini hasil konsisten Pas yang tidak
mudah dicucuk hidung oleh DAP, khususnya dalam isu hak kepentingan orang Islam,
berkaitan pindaan Akta 355 dan sikap berani kita menolak politik cauvinis
perkauman.
Tambahan pula dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan
Sejahtera yang kita buat, kita berjaya mendekati pengundi Melayu-Islam
khususnya, dan bukan Islam yang menolak politik perkauman DAP. Kita sedar tidak
semua orang bukan Islam suka DAP yang rasis dan perkauman.
Kita juga telah berjaya merobohkan benteng dengan agensi
kerajaan, penjawat awam, NGO dan banyak pihak yang bersedia jumpa kita. Ini
hasilnya selepas kita mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang
dapat mengurangkan ketegangan, selain kita tidak bersama Bersih setelah ada
bibit-bibit untuk mengubah hala tuju sebenar Bersih.
Pas dilihat terus diasak di segenap penjuru, apa yang
membuatkan Pas terus kebal meskipun terus diasak?
Kekuatan Pas terletak pada dasar Islam dan akidah perjuangan
yang tidak boleh dibeli oleh sesiapa.
Pas sudah membuktikan betapa istiqamahnya untuk menegakkan
akidah dan syariat tanpa mempedulikan apa juga halangan dan cabaran. Malah,
pimpinan Pas sekalipun akan tercampak keluar atau dicampak oleh ahli jika tidak
beristiqamah dengan Islam dan cuba mengubah haluan Pas. Pas parti milik ahli
yang bersama Pas kerana Islam. Pimpinan boleh datang dan pergi tetapi ahli Pas
tetap istiqamah bersama bahtera Pas.
Diuji dengan masalah kesihatan baru-baru ini, adakah ia
mengganggu tumpuan Datuk Seri kepada parti? Lebih-lebih lagi dengan jadual
padat di dalam dan luar negara.
Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik dan saya dapat
menghadiri mesyuarat dan program-program parti secara beransur-ansur.
DAP tiba-tiba nyatakan hasrat bertanding di Kelantan. Adakah
ini boleh dilihat sebagai perang terhadap Pas dan bukan untuk lawan Umno. Sebab
seperti diketahui Pas memang dah lama bertapak di Kelantan.
Itu hak demokrasi dalam negara kita yang membenarkan untuk
mana-mana parti bertanding dan meletakkan calon, asalkan ada kawasan parlimen,
bukan Pulau Kapas atau Pulau Bidong yang tidak ada pengundi.
Melihat sambutan anak muda pada Himpunan Fastaqim 2.0
baru-baru ini, bolehkah ia diterjemahkan sebagai sokongan anak muda pada PRU14?
Alhamdulillah, saya rasa terharu dengan kehadiran peserta
Fastaqim 2.0 yang kebanyakannya anak muda. Ini satu harapan kepada Pas bahawa
masa depan Pas sangat cerah. Dengan program-program yang dijalankan sepanjang
dua hari, saya berterima kasih kepada anak muda yang berminat dan berani hadir
serta menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan.

Di dalam Pas hari ini juga, saya ingin menjelaskan, Pas
dibarisi beribu profesional muda yang tampil memperkemaskan pasukan profesional
sedia ada. Oleh sebab itu, Pas tidak ketandusan pasukan yang membuat analisis
berkaitan potensi pilihan raya dan gerak kerja parti lain. Pas hari ini
mempunyai persediaan pilihan raya lebih lengkap dan menyeluruh dengan tampilnya
profesional muda ini.



Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel