Connect with us

Berita Lain

Boy Iman Tidak Pernah Diiktiraf Sebagai Ayahanda


Kuala Lumpur: “Boy Iman tak pernah diiktiraf sebagai
ayahanda Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA). Jadi, kami harap
orang ramai jangan kaitkan dengan PEKIDA,” kata Pengerusi Perhubungan PEKIDA
Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA Malaysia, Rohaida
Roslan berhubung dakwaan pelakon Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali sebagai
Boy Iman menyertai pertubuhan itu.
Malah, polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit
Aman turut merampas pelbagai sijil selain watikah pelantikan Boy Iman sebagai
Ayahanda di Cheras ketika serbuan dilakukan Isnin lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Rohaida berkata, gelaran ayahanda yang diguna Boy Iman
diterima menerusi sebuah pertubuhan dikenali sebagai Majlis Jemaah Cochrane
(MJC).
“Gelaran ayahanda bukan diberi secara sebarangan dan dalam
PEKIDA sendiri, hanya dua individu yang berhak memberi gelaran ini kepada
seseorang iaitu Presiden PEKIDA Malaysia, Jamaludin Yusof dan Pengerusi Pekida
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Roslan Dahaman,” katanya ketika dihubungi,
semalam.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda
Malaysia (PERMAS) Datuk Abdul Halim Ali berkata, tindakan Boy Iman itu memang
memalukan bagi individu yang mengakui berstatus ayahanda.

Bagaimanapun, Abdul Halim berkata, tindakan (penipuan)
pelakon itu bersifat peribadi dan bukanlah mencerminkan sifat individu
berstatus ayahanda secara keseluruhannya. – My Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel