Connect with us

Berita Lain

Che Ta Jadi Mangsa Penipuan Datuk, Rugi RM50,000


KUALA LUMPUR: Rozita Che Wan, mengaku beliau turut menjadi
mangsa penipuan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk membabitkan produk
minyak wangi keluaran syarikatnya, sejak tahun lalu
Sebelum ini, Datuk sama dikatakan turut menipu pasangan
selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, juga membabitkan penghasilan minyak
wangi, lapor BH Online.
“Saya ingat, saya boleh mempercayai dirinya. Tetapi
rupa-rupanya dia berniat jahat apabila menipu saya hingga mengalami kerugian
sebanyak RM50,000.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bayangkan, banyak duit yang diperolehnya dengan hasil
penipuan. Malah, dia boleh tukar kereta mewah, tambah isteri dan macam-macam
lagi dengan hidup menipu orang.
“Saya akhirnya memutuskan untuk menghalalkan saja.
Insya-Allah, saya reda. Biarlah hidupnya tidak senang kerana menyusahkan orang
dan semoga dia juga akan berubah,” kata Rozita yang ditemui pada majlis
memperkenalkan dirinya sebagai duta umrah Imtiyaz Travel & Tours, di sini
hari ini.
Pelakon yang mesra disapa dengan panggilan Che Ta juga
memberitahu, beliau enggan membesarkan perkara berkenaan sebelum ini kerana
tiada hitam putih dalam kerjasama yang dijalinkan.
“Begitupun, walaupun tiada kontrak mahupun perjanjian
secara hitam putih, bukti pembayaran tetap ada.
“Saya malas hendak menghebahkan perkara ini, apatah
lagi membuat laporan polis kerana silap saya juga apabila tidak mempunyai
dokumen yang sepatutnya.
“Merayu dan meminta pun tak diendahkannya. Tak apalah,
doa orang yang teraniaya selalunya dimakbulkan,” katanya.
Dalam pada itu, Rozita bersama suami, Zain Saidin, dan anak,
Aaisyah Dhia Rana, merancang untuk membawa 20 anggota keluarga serta sanak
saudara ke Makkah pada Januari depan bersama agensi kembara berkenaan.
Program umrah bersamanya itu turut membuka penyertaan kepada
peminat dan orang awam.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel