Connect with us

Berita Lain

‘Dalam Sepuluh Kes, Hanya Satu Atau Dua Saja Yang Kita Kenakan Caj’ – Yusuf Azmi

Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi menjelaskan mereka adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mempunyai kos operasi, namun masih ada budi bicara berdasarkan kes yang diterima. – Foto: PPIM

“DALAM sepuluh kes, hanya satu atau dua saja yang kita
kenakan caj pengurusan kepada mangsa dan itu bergantung kepada budi bicara
berdasarkan kes.
“Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita tidak
mempunyai dana khusus untuk berurusan dengan along atau kes lain. Caj yang
dikenakan juga dipersetujui pengadu. Kita ada kos operasi, pengurusan, termasuk
bayaran gaji kakitangan yang bertugas,” kata Pengarah Unit Tindakan Khas
(UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi.
Beliau mengulas tular di media sosial mengenai caj sepuluh
peratus bagi penyelesaian kes along.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, itu adalah prosedur operasi standard (SOP) bagi
setiap aduan dan ia dipersetujui sebelum proses rundingan dengan along
dimulakan.
Katanya, dalam kebanyakan kes, tiada caj dikenakan ke atas
pengadu mengambil kira kedudukan kewangan, namun ia bergantung kepada hasil
rundingan setiap kes.
“Sebagai contoh, ada satu kes di mana pengadu meminjam
RM10,000, along tuntut RM100,000 atas alasan kadar bunga dan sebagainya.
“Kita runding dengan along dan capai jalan penyelesaian,
kita bayar RM2,000 saja misalnya. Jadi kita bukan caj atas jumlah RM10,000,
tapi dikira daripada rundingan akhir RM2,000, bermakna RM200,” katanya
kepada Harian Metro.
Yusuf berkata, UTK PPIM mempunyai lebih 30 kakitangan untuk
menguruskan puluhan kes setiap hari dan mereka juga memerlukan kos untuk
pergerakan dan perbelanjaan ketika berunding dengan along.
Katanya, ada juga kes di luar Kuala Lumpur yang sudah tentu
memerlukan belanja perjalanan termasuk minyak dan tol, dan di situlah kos
pengurusan yang dikenakan kepada pengadu digunakan.
“Tapi apa yang boleh saya katakan, daripada lebih 1,000
kes yang kita bantu selesaikan pada tahun ini, hanya berapa puluh saja yang
kita caj. Ada yang pengadu sendiri nak sedekah, kita terima kerana kita pun bukannya
ada duit.
“Banyak rakan perniagaan PPIM juga membantu menyumbang.
Ada yang bagi sebulan sekali, ada yang bagi ‘one off’, saya juga ada perniagaan
sendiri. Ini yang membantu menggerakkan unit ini,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat
lanjut boleh menghubungi sekretariat UTK PPIM di talian 019-9130000 atau
013-220 1565. – My Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel