Connect with us

Berita Lain

Datuk Seri Serang RELA Dinasihat Serah Diri Kata Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi – Foto: Bernama



Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan seorang Datuk
Seri supaya menyerah diri selepas lelaki itu dipercayai mencederakan tiga
anggota RELA baru-baru ini.

Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, walaupun
Datuk Seri itu belum ditahan ketika ini pihak berkuasa memang tahu lokasi
suspek terbabit.
“Jadi sebelum polis menangkap dia, lebih baik dia
tampil dan menyerah,” katanya seperti dipetik theSun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Semalam Malaysiakini menyiarkan laporan mengenai tiga
anggota RELA cedera selepas didakwa di pukul seorang Datuk Seri berhampiran
sebuah tokong di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Memetik laporan Bernama kejadian itu berlaku kira-kira jam
6.30 pagi membabitkan tiga petugas RELA yang berusia antara 19 hingga 27 tahun.
Mereka dikatakan cedera pada kepala, mata dan perut.
Kekecohan berlaku apabila seorang anggota RELA terbabit
meminta sebuah kereta Toyota Vellfire milik suspek dialihkan kerana mengganggu
lalu-lintas.
Lelaki itu kemudian marah, menepuk meja serta memaki petugas
RELA sebelum mengugut untuk mencederakan mangsa.
Dua rakan mangsa cuba meleraikan keadaan namun suspek
didakwa memukul dan menendang mereka.
Kejadian tersebut dirakamkan menerusi kamera litar tertutup
(CCTV) dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Ampang.
Kata Ahmad Zahid polis sudah mengenal pasti suspek
berdasarkan rakaman CCTV
“Saya ingin tegaskan bahawa semua orang – sama ada dia
mempunyai jawatan atau tidak – tertakluk kepada undang-undang negara ini.
“Gelaran tidak memberikan seseorang lesen untuk
menyerang orang lain, terutama anggota berpakaian seragam,” katanya.

Difahamkan suspek terbabit baru berusia 29 tahun.

— Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel