Connect with us

Berita Lain

Dianggar RM1.5b Diseleweng Untuk Projek Di Sabah


KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata,
dianggarkan RM1.5 bilion peruntukan kerajaan pusat diselewengkan daripada
sebuah  kementerian untuk melaksanakan
projek di Sabah sejak 2009 hingga 2015.
Beliau berkata, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada
RM7.5 bilion peruntukan kerajaan yang disalurkan melalui sebuah
kementerian  untuk melaksanakan projek
luar bandar di Sabah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Projek berkenaan adalah berkaitan dengan air, elektrik dan
jalan raya dan mungkin ada projek-projek berkenaan tidak sempurna dibuat atau
mungkin tidak betul dibuat.
“Kami juga melihat terdapat unsur-unsur rasuah  dalam kes ini. Kemungkinan kontraktor
terlibat memberi rasuah kepada pihak-pihak tertentu,” katanya kepada pemberita
di sini hari ini.
Beliau berkata, lebih 60 syarikat akan disiasat dan pihaknya
akan mengheret semua yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan dan setakat
ini pihaknya menahan tiga individu.
“Kami telah menyiasat sebahagian syarikat berkenaan. Ada
beberapa syarikat telah ditutup dan kami telah menghantar  pegawai untuk mencari saksi-saksi terlibat,”
katanya.
Azam berkata, maklumat kes berkenaan diterima daripada orang
ramai dan siasatan bermula selepas siasatan kes Jabatan Air Sabah tahun lepas.
Semalam SPRM menahan tiga individu termasuk seorang bekas
timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian dalam siasatan mengenai
penyelewengan dana berkaitan projek di Sabah. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel