Connect with us

Berita Lain

Dr M: Ini Cara Kerajaan Diktator

PETALING – “Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan diktator sahaja akan menggunakan sekolah sebagai alat demi kepentingan parti,” kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya biasa pergi ke negara yang mana semua orang mesti sokong pemimpin tertinggi. Ada negara yang guna sistem diktator. Dia dukung pemimpin walaupun pemimpin itu penyangak, penyamun, atau pencuri pun dia dukung.
“Bila nak kekalkan sokongan terhadap pemimpin penyagak ini,maka dia suruh semua orang pujilah pemimpin.Nyanyi lagu pemimpin dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Bersatu hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, amalan yang dipraktikkan di negara luar itu, kini telah terjangkit di negara ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Sebab itulah mereka buat. Dari kecil lagi ajar orang tipu diri. Inilah cara kerajaan diktator,” katanya.
Menurut Mahathir sepanjang tempoh 22 memerintah negara, beliau tidak pernah menggunakan sekolah rendah mahupun menengah supaya menyokong pemimpin negara.
“Dalam kerajan tidak boleh memihak mana-mana parti politik termasuk parti politik yang menjadi kerajaan. Kita tidak boleh menggunakan alatan kerajaan untuk kepentingan parti. Ini salah.
“Tetapi kerajaan sekarang ini yang tidak ada peraturan dan undang-undang, dia buat apa sahaja. Saya yakin rakyat tahu bahawa ini adalah salah guna kuasa oleh kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas laporan mengenai ratusan murid-murid dan guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) mengambil bahagian dalam pertandingan bertemakan “Umno dan Kemerdekaan #Negaraku”.
Dalam acara itu, dikatakan bendera Umno dipasang di seluruh sekolah. Para murid juga mengibarkan bendera Umno dan menyanyikan lagu parti.
Menurut laporan itu lagi, pada satu tahap sepanduk “Hidup Umno, Hidup Melayu. Dulu, Kini dan Selamanya” dinaikkan di pentas.
“Mereka sudah bankrap. Mereka tidak tahu apa nak buat. Mereka takut, jadi mereka buat semua benda yang salah. Ini amalan yang dilakukan diktator,” katanya.
Tambah Mahathir, tindakan kerajaan itu hanya akan membantu parti pembangkang menang pilihan raya.
Ditanya, susulan tindakan itu adakah beliau akan bertanding di Putrajaya.
“Ya, saya mungkin bertanding Putrajaya.Saya yakin dengan ini mereka telah menolong kita mendapat lebih banyak undi kepada parti lawan,” katanya.
Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel