Connect with us

Berita Lain

Dr M Mungkin Bertanding Di Putrajaya Pada PRU14


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
tidak menolak kemungkinan bertanding di Putrajaya pada Pilihan Raya Ke-14
(PRU14) akan datang.

“Ya, mungkin saya akan bertanding di Putrajaya,” katanya
ringkas kepada pemberita sewaktu ditemui di ibu pejabat PPBM hari ini.

Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Husam Musa pada 2016 pernah
mencadangkan “arkitek” Putrajaya itu bertanding di Parlimen itu.

Putrajaya, yang dibina di atas ladang Prang Besar, dijadikan
pusat pentadbiran kerajaan pusat pada 1999, ketika kemuncak kegawatan ekonomi
dan krisis politik melanda negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada pilihan raya 2013, Husam yang pada ketika itu mewakili
PAS bertanding di Parlimen itu dan menerima 4,402 undi, ditewaskan Menteri
Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan 9,943 undi.

Sementara itu, Dr Mahathir turut mendakwa negara kini
seperti mengamalkan sistem pemerintahan berbentuk diktator, susulan penganjuran
program bertemakan Umno di sebuah sekolah.

Ia berikutan laporan mengenai ratusan murid-murid dan
guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) mengambil bahagian
dalam pertandingan bertemakan “Umno dan Kemerdekaan #Negaraku”.

Dalam acara itu, bendera Umno dipasang di seluruh sekolah.
Para murid juga mengibarkan bendera Umno dan menyanyikan lagu parti.

Menurut laporan itu lagi, pada satu tahap sepanduk “Hidup
Umno, Hidup Melayu. Dulu, Kini dan Selamanya” dinaikkan di pentas.

Tengku Adnan dalam ucapannya menggesa para guru menyertai
Umno. Selepas menteri menggulung ucapannya, para murid melaungkan “Hidup
Umno!”.

Zaman saya tak peralat sekolah

Dr Mahathir berkata pemerintahan berbentuk diktator dapat
dilihat apabila pemimpin yang korup terus dibela dan disokong walau apa cara
sekalipun.

“Ada sebuah negara yang gunakan sistem diktator. Dalam
sistem diktator ini ada personaliti yang akan didokong walaupun pemimpin itu
penyangak.

“Apabila hendak kekalkan sokongan ini, dia suruh orang
nyanyi lagu yang menyokong pemimpin berkenaan. Nampaknya ini sudah berjangkit
di Malaysia, seolah-olah dari kecil sudah diajar untuk tipu diri,” katanya.

Dr Mahathir berkata, sepanjang 22 tahun menjadi perdana
menteri, beliau sendiri tidak pernah gunakan sekolah sebagai alat parti
politik.

“Dalam cara kita jadi kerajaan, tidak boleh memihak kepada
mana-mana parti politik termasuk parti yang menjadi kerajaan.

“Kita tidak boleh gunakan alatan kerajaan untuk kepentingan
parti, ini salah. Kerajaan sekarang ini seolah-olah tidak ada peraturan dan
undang-undang,” katanya.
Dr Mahathir bagaimanapun yakin, rakyat sedar tindakan itu
tidak betul dan sedikit sebanyak membantu pembangkang mendapatkan undi. – Free Malaysia Today

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel