Connect with us

Berita Lain

Dr Mahmud Ahmad Dipercayai Terbunuh Dalam Pertempuran Tentera Filipina Dengan Militan Di Bandar Marawi


Dr Mahmud Ahmad, bekas pensyarah  yang menyertai kumpulan militan dipercayai
terbunuh di Bandar Marawi, Selatan Filipina.
Maklumat risikan mengatakan bekas pensyarah Universiti
Malaya tersebut telah terbunuh.
Bagaimanapun sumber daripada pihak berkuasa Filipina tidak
dapat mengesahkan maklumat tersebut kerana masih gagal mengesan jasad Dr
Mahmud.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selasa lalu, dua orang tawanan yang diselamatkan oleh
pasukan keselamatan Filipina memberitahu bahawa Dr Mahmud telah terkorban.
Ketika itu, Dr Mahmud dipercayai berada bersama-sama dengan
anggota kumpulan Maute dan kumpulan bersenjata Abu Sayyaf di kawasan
pertempuran utama di Bandar Marawi, bersama-sama dengan tawanan yang
diselamatkan.
Pertempuran Marawi adalah konflik bersenjata yang berlaku di
Marawi, Lanao del Sur sejak 23 Mei diantara pasukan keselamatan Filipina dengan
kumpulan militan termasuklah kumpulan Maute dan kumpulan jihad Salaf Abu
Sayyaf.
Menurut kenyataan pihak berkuasa Filipina, konflik tersebut
bermula apabila pihak berkuasa menjalankan operasi untuk menangkap Isnilon
Hapilon, ketua militan kumpulan Abu Sayyaf, setelah mendapat maklumat Hanilon
berada di bandar tersebut.
Maj. Jen. Restituto Padilla pada Khamis berkata militan
Malaysia yang kanan dipercayai adalah antara 13 orang pejuang yang mempunyai
kaitan dengan Kumpulan IS yang dibunuh dalam pertempuran di selatan Marawi.
Ujar Padilla, pihaknya sedang menunggu untuk pengecaman
jasad-jasad militan yang terbunuh untuk mendapatkan maklumat penuh.

Sumber : The Star/Siakap Keli

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel