Connect with us

Berita Lain

Dua Anggota Polis Trafik Maut Kemalangan


CHUKAI – Dua anggota polis trafik maut, selepas motosikal
berkuasa tinggi yang ditunggangi terbabit kemalangan di Kilometer 139, Jalan
Kuala Terengganu – Kuantan, dekat Teluk Kalung, di sini, petang ini.
Kemalangan kira-kira jam 2.25 petang tadi mengorbankan
Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, dan Koperal I Suresh, 36, kedua-duanya
dari dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun; langsung di tempat kejadian.
Ketika kejadian, dua anggota trafik itu bersama tujuh
pegawai dan 18 anggota trafik lain dalam konvoi menjalani Latihan Dalam
Perkhidmatan menunggang jarak jauh motosikal berat, lapor BH Online.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim,
berkata mereka menyertai latihan itu di Mersing, Johor dan dalam perjalanan
pulang ke Kuala Terengganu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi kejadian, sebuah lori
kecil jenis KIA dipercayai memasuki laluan konvoi terbabit lalu merempuh dua
motosikal jenis CBX 750 yang ditunggangi mangsa.
“Berikutan kejadian itu kedua-dua anggota terbabit tercampak
ke atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Mohd Said berkata, jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Unit
Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut.
“Kita menahan pemandu dan kelindan lori terbabit untuk
siasatan lanjut serta melakukan ujian saringan air kencing.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan
Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan
kematian,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel