Connect with us

Berita Lain

Dua Kerbau Naik MPV Mitsubishi Grandis


SEREMBAN: Polis menggagalkan cubaan dua lelaki mencuri
kerbau dengan mengunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Rasah
berhampiran Taman Happy di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 5.20 pagi itu, pasukan polis peronda
lebuh raya mengesan MPV terbabit yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di
Kilometer 263 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Senawang sebelum
mengekorinya lapor BH Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie
Affendy Sulaiman, berkata pasukan itu kemudian mengejar dan mengarahkan pemandu
MPV terbabit berhenti namun arahan itu tidak dipedulikan.

“MPV dinaiki dua lelaki itu kemudian keluar dari lebuh
raya di Plaza Tol Port Dickson lalu masuk ke Jalan Rasah dan berhenti di tepi
jalan berhampiran kawasan semak, sebelum dua suspek itu keluar daripada
kenderaan dan melarikan diri.
“Pemeriksaan dalam kenderaan itu menemui dua ekor
kerbau di tempat duduk belakang dalam keadaan khayal dipercayai akibat disuntik
ubat pelali,” katanya.
Beliau berkata, semakan lanjut mendapati nombor pendaftaran
yang digunakan kenderaan itu palsu.
Katanya, dua kerbau terbabit dihantar kepada Jabatan
Perkhidmatan Veterinar sementara siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen
29(1) Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 108(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel